Sunday, July 31, 2011

AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN..

Assalamualaikum w.b.t.

setiap tahun umat islam akan berpuasa di bulan Ramadan
tak kita nafikan bulan Ramadan pun da hampir tiba
so, sebagai umat islam marilah kita sama-sama menyambut kedatangannya
' ahlan wasahlan ya Ramadan! '

aku tahu suma umat islam mcty ta sabar kn nanak berpuasa..
right? haha
oke! cyezly aku pun sama merasainya..
dalam bulan ny jugak banyak fadhilatnya
jadi sama2lah kita memperbanyakkan amalan di bulan yang suci ini
dan rebutlah peluang yang ada sekarang
jadikan Ramadan kali ny lebih bermakna dari sebelumnya..


mudah-mudahan amalan di bawah dapat diikuti :-

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
 2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
 3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
 4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
 5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
 6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
 7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
 8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
 9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
 10.Jangan tidur sesudah sahur.
 11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
 12.Tadarus pendek.
 13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
 14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
 15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
 16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
 17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
 18.Solat Zuhur berjemaah.
 19.Tadarus pendek.
 20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
 21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
 22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
 23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
 24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
 25.Makan malam bersama keluarga.
 26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.


selamat berpuasa kepada semua muslimin & muslimat

p/s : selamat menyambut Ramadan al-Mubarak..marilah tingkatkan amalan di bulan Ramadan.. :-D

Sunday, July 24, 2011

BURFDAY GIRLS :0

hepi besday 2u, hepi besday 2u
hepi besday to0 besday girls, hepi besday 2u...

erkk ? besday cpew lak nyh??
bulan ny ada jugak ke bulan burfday..
ahaks!

oke! cukup2, jangan panjangkan dis entry!
hahaha
ehh?? kat atas tu ada lagu ek??
macam da besday girls jaa..
ouhhh yaa!  hepi besday NURLEIHA AZNIE a.k.a AZNIEY
wish u many many hepi my darls!
*semoga kamu dpanjangkan umo
*dmurahkan rezeki
*'n' dirahmati oleh Allah..

owryte! jom kita serbu pic-pic yang disnap tadi
(tat uma azniey n fatin)

haii,, khusyuk btoi ptg kek.. :)
hahaha

belakang (kiri): pali,afiq,zaim,nazry, ikhwan(tokwan)
depan (kiri): fatin,adnin,aku,azniey

tiga dari kanan: am (bangla)

geng kami.. most sweet :)
ngeee~

p/s : sory if i was hurt uolls

Saturday, July 23, 2011

13 CARA MENJAGA LISAN :)

Perkataan itu adalah sebuah perkara yang besar, berapa banyak dari perkataan buruk seseorang dapat nmenyebabkan kemarahan dari Allah ‘azza wajalla dan menjatuhkan pelakunya ke dalam jurang neraka. Berhati-hatilah dari terlalu banyak berceloteh dan terlalu banyak berbicara, Allah Ta’ala berfirman:

“Dan tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia “. (An nisa:114)

Ingatlah bahawa di sampingmu ada malaikat yang senantiasa mengamati dan mencatat perkataanmu.

“Seorang duduk disebelah kanan,dan yang lain duduk disebelah kiri.tiada satu ucapanpun yang diucapkan melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Qaaf:17-18).

Dibawah ini terdapat 13 nasihat tentang adab-adab (sopan-santun dalam kaca mata syariat) bagi seorang muslim dalam upaya menjaga kata-kata lisannya.

1. Bacalah Al qur’an karim dan bersemangatlah untuk menjadikan itu sebagai wirid seharianmu, dan senantiasalah berusaha untuk menghafalkannya sesuai kesanggupanmu agar engkau boleh mendapatkan pahala yang besar dihari kiamat nanti.Dari abdullah bin ‘umar radiyallohu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam, beliau bersabda: 

“dikatakan pada orang yang senang membaca alqur’an: bacalah dengan tartil sebagaimana engkau dulu sewaktu di dunia membacanya dengan tartil, kerana sesungguhnya kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca”.  (HR.abu daud dan attirmidzi)

2. Tidaklah terpuji jika engkau selalu menyampaikan setiap apa yang engkau dengarkan, kerana kebiasaan ini akan menjatuhkan dirimu kedalam kedustaan.

Dari Abu hurairah radiallahu ‘anhu,sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta ketika dia menyampaikan setiap apa yang dia dengarkan.”  (HR.Muslim dan Abu Dawud)

3. Jauhilah dari sikap menyombongkan diri (berhias diri) dengan sesuatu yang tidak ada pada dirimu, dengan tujuan membanggakan diri dihadapan manusia.

Dari aisyah radiyallohu ‘anha, ada seorang wanita yang mengatakan:“wahai Rasulullah, aku mengatakan bahwa suamiku memberikan sesuatu kepadaku yang sebenarnya tidak diberikannya.” ,   berkata Rasulullah Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam : “orang yang merasa memiliki sesuatu yang ia tidak diberi, seperti orang yang memakai dua pakaian kedustaan.”(muttafaq alaihi)

4.  Sesungguhnya dzikrullah (mengingat Allah) memberikan pengaruh yang kuat didalam kehidupan roh seorang muslim, kejiwaannya, jasmaninya dan kehidupan masyarakatnya. Maka bersemangatlah untuk senantiasa berdzikir kepada Allah ta’ala, disetiap waktu dan keadaanmu. Allah ta’ala memuji hamba-hambanya yang mukhlis dalam firman-Nya:

Ertinya:  “(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring…” (Ali imran:191).

5.  Jika engkau hendak berbicara,maka jauhilah sifat merasa kagum dengan diri sendiri, terlalu fasih dan memaksakan diri dalam bertutur kata,sebab ini merupakan sifat yang sangat dibenci Rasulullah Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam, dimana Beliau bersabda:

“sesungguhnya orang yang paling aku benci diantara kalian dan yang paling jauh majelisnya dariku pada hari kiamat : orang yang berlebihan dalam berbicara, sok fasih dengan ucapannya dan merasa ta’ajjub terhadap ucapannya.”   (HR.Tirmidzi,Ibnu Hibban dan yang lainnya dari hadits Abu Tsa’labah Al-Khusyani radhiallahu anhu)

6. Jauhilah dari terlalu banyak tertawa,terlalu banyak berbicara dan berceloteh.

Jadikanlah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam, sebagai teladan bagimu, dimana beliau lebih banyak diam dan banyak berfikir beliau Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam, menjauhkan diri dari terlalu banyak tertawa dan menyibukkan diri dengannya. Bahkan jadikanlah setiap apa yang engkau ucapkan itu adalah perkataan yang mengandung kebaikan, dan jika tidak, maka diam itu lebih utama bagimu. Rasulullah Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam, bersabda:

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir,maka hendaknya dia berkata dengan perkataan yang baik,atau hendaknya dia diam.”   (muttafaq alaihi dari hadits Abu Hurairah radhiallahu anhu)

7. Jangan kamu memotong pembicaraan seseorang yang sedang berbicara atau membantahnya, atau meremehkan ucapannya. Bahkan jadilah pendengar yang baik dan itu lebih beradab bagimu, dan ketika harus membantahnya, maka jadikanlah bantahanmu dengan cara yang paling baik sebagai syi’ar kepribadianmu.

8.  Berhati-hatilah dari suka mengolok-olok terhadap cara berbicara orang lain, seperti orang yang terbata-bata dalam berbicara atau seseorang yang kesulitan berbicara. Allah Ta’ala berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.” (QS.Al-Hujurat:11)

9.  Jika engkau mendengarkan bacaan Alqur’an, maka berhentilah dari berbicara, apapun yang engkau bicarakan, kerana itu merupakan adab terhadap kalamullah dan juga sesuai dengan perintah-Nya, didalam firman-Nya:

Ertinya: “dan apabila dibacakan Alqur’an,maka dengarkanlah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kalian diberi rahmat”. Qs.al a’raf :204

10.  Bertakwalah kepada Allah,bersihkanlah majlismu (dimana engkau berkumpul) dari ghibah (gossip) dan namimah (adu domba) sebagaimana yang Allah ‘azza wajalla perintahkan kepadamu untuk menjauhinya. Bersemangatlah engkau untuk menjadikan didalam majlismu itu adalah perkataan-perkataan yang baik,dalam rangka menasihati,dan petunjuk kepada kebaikan.  

Didalam hadits Mu’adz radhiallahu anhu tatkala beliau bertanya kepada Nabi Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam: apakah kami akan disiksa dengan apa yang kami ucapkan? Maka jawab Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:

“engkau telah keliru wahai Mu’adz, tidaklah manusia dilemparkan ke Neraka diatas wajah-wajah mereka melainkan disebabkan oleh ucapan-ucapan mereka.”  (HR.Tirmidzi,An-Nasaai dan Ibnu Majah)

11.  Berhati-hatilah -semoga Allah menjagamu dari menghadiri majlis (pertemuan/ perkumpulan)  yang buruk dan berbaur dengan para pelakunya, dan bersegeralah-semoga Allah menjagamu- menuju majlis yang penuh dengan keutamaan, kebaikan dan keberuntungan.

12.  Jika engkau duduk sendiri dalam suatu majlis, atau bersama dengan sebahagian saudara/imu, maka senantiasalah untuk berdzikir mengingat Allah ‘azza wajalla dalam setiap keadaanmu sehingga engkau kembali dalam keadaan mendapatkan kebaikan dan mendapatkan pahala.Allah ‘azza wajalla berfirman:

Ertinya: “(iaitu) orang – orang yang mengingat Allah sambil berdiri,atau duduk,atau dalam keadaan berbaring”(QS..ali ‘imran :191)

13. Jika engkau hendak berdiri keluar dari majlis, maka ingatlah untuk selalu mengucapkan:

“maha suci Engkau ya Allah dan bagimu segala pujian,aku bersaksi bahwa tidak ada Allah yang berhak untuk disembah kecuali Engkau, aku memohon ampun kepada-Mu, dan aku bertaubat kepada-Mu”

Sehingga diampuni bagimu segala kesalahanmu di dalam majlis tersebut.

 p/s: harap ianya dapat dijadikan amalan harian.. sama2lah kita memperbaiki diri..

Thursday, July 21, 2011

HEPI :) THANXX ! XOXO

assalamualaikum.. 

wink wink #o#o 
kta jumpa lg ! ehek,, da lma x hupdate ann..
emm,, okee! excted nak ctew ap yang aku hepi cgt ny
haha . ak da LULUS test jpj keta td
yeay! nanti bley laa mak aku bgi aku bwak keta :)

first , aku nanak wish tenz cgt2 kt ckgu fadhil
dya byk tolong ajaq aku ..
n taa lupa jgk kt pegawai jpj tuhh  MOHAMMAD AL HAFIZ cebab bgi ak lulus
masyeh ea.. haha

tadi kan aku sangat laa takott masa ketua jpj tuhh bagi taklimat
da laa dok pkiaq kat bukit n 3 penjuru takot ta lepas
bila dengar no.27 dipanggil tangan jadi ketaq
hehehe,, 
tapi alhamdulillah laa aku da lepas
heppy nya akuu

ngeeee~
jpj to0 ciap cakap lagi kat aku
macam ny ' lepaz ny buley bawak da keta sebijik,, balik bo0king ciap2'
aku gelak je kat dya . haha .

oke ! c u again :)


Thursday, July 7, 2011

CALON PENGHUNI SYURGA


Petang itu, sesudah menunaikan sembahyang Asar, Nabi Muhammad mengajar ilmu kepada sahabat-sahabatnya di masjid. Semasa beliau sedang asyik mengajar tiba-tiba, beliau berhenti sejenak. Semua sahabat tertanya-tanya.

“Dari arah ini, dating calon penduduk syurga,” kata Nabi Muhammad sambil menuding jarinya ke arah yang dimaksudkan.

Semua mata tertumpu ke arah yang ditunjukkan Nabi Muhammad itu. Masing-masing mahu mengenali, siapakah gerangan orang itu. Tidak lama kemudian, seorang lelaki datang dari arah yang ditunjukkan. Seorang lelaki dusun. Lelaki itu masuk ke majlis Nabi Muhammad sambil memberi salam hormat dan bersembahyang Asar. Selepas itu dia terus pulang. Semua orang hanya memerhatikan sahaja gelagatnya.

Keesokan harinya, Nabi Muhammad memberitahu hal yang sama. Lelaki itu juga yang datang. Dia tetap berkelakuan seperti semalam. Masuk hari ketiga, Nabi Muhammad tetap memberitahu hal yang sama. Ternyata, lelaki dusun itu jugalah yang datang dan kelakuannya sama seperti hari-hari sebelumnya.

Kali ini, salah seorang sahabat Nabi Muhammad cuba mengekorinya dari jauh. Dia mendapati lelaki itu berasal dari desa yang bernama Sanah, sebuah desa yang terpencil. Dia terus mengekori lelaki itu hingga ke rumah. Beliau mengambil keputusan menemuinya. Dia pun mengetuk pintu dan memberi salam hormat kepadanya. Lelaki itu menyambutnya dengan gembira.

“Saudara tetamu saya. Masuklah,” katanya dengan mesra.

Sahabat Nabi Muhammad itu menerima pelawaannya dengan mesra. Dia segera masuk sebagai tetamu. Selama tiga hari beliau tinggal di rumahnya. Selama itu jugalah dia cuba mengenali lelaki itu dengan lebih dekat. Dia mendapati lelaki itu biasa-biasa saja. Sahabat Nabi Muhammad itu merasa hairan.

Saudara, apakah keistimewaan saudara? Nabi Muhammad mengatakan saudara adalah calon penghuni syurga,” Tanya sahabat Nabi Muhammad ingin tahu.

Lelaki itu menundukkan kepalanya sebentar kemudian menoleh ke arah sahabat Nabi Muhammad.

“Saya seperti yang saudara lihat selama tiga hari ini. Tetapi saya sentiasa menjaga hati saya daripada pengaruh kejahatan dan kedengkian kepada sesiapa pun juga,” katanya dengan merendahkan diri.

Kagum sahabat Nabi Muhammad mendengarnya. Penjagaan hati itulah yang menjadikan dirinya istimewa. Seorang penghuni syurga.

“Bertuah sungguh saudara,” sahut sahabat Nabi Muhammad itu dengan gembira. 

KOREAN STORIE ^ ^

Assalamualaikum

yeah! aku nanak b'blogging cmula
ahaa
tapi aku nanak ctew sal ape nyh..
huhu,, okeh! 
meh syinie dengaq bebelan aku.. 
aku kcewa cbub aku xley nurk menengok ctew korean
spew2 yg fanatik sesangat tuhh mcty da twu title ape
kn?? kn?? kn??
haha.. tjok dye personal taste..
rugi kn ak taley tgk..
tyme tuhh kn ade brita
suma nanak tgk brita..
so, aku xbnarkn laa.. haha.
cdeyy..  huuuaaaaa..
da laa bes ctew tuhh.. 
ada min ho...
nt tlg ctew kt ak ea kwn2..

jom tgk pic niey,,



okeh!
da abeh,, heee~
tataa~

assalamualaikum.. ;-)