Monday, April 30, 2012

KETAWA ~ ~

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kitatentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barang siapa tertawa-tawanescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barang siapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

dan ingatlah , di saat kita ketawa .. masih ramai lagi yang bersedihan ..

Sunday, April 29, 2012

Aktiviti 12 Geng fiQ'Ra

Assalamualaikum~

setelah menyepi , akhirnya Geng fiQ'Ra muncul kembali dengan aktivitinya berkalanya
hehe , lama kan GF diam , n now , semangat mula terkinja-kinja nak join !
tudiaa ayat! macam hape lagi . hehe , excited tapi lambat join sebab busy dengan sekolah~

jom teruskan lagi . :D
kak mas cakap, dia tanya mira jawab . 
oke , bersedia . 1 , 2 , 3 ~ ~

1) 7 orang yang paling awak sayang, siapa dan beritahu nama :)
a) Nabi Muhammad SAW .. kerana Nabi adalah contoh terbaik di dalam kehidupan seseorang muslim ..
b) satu satunya mama yang mira ada , Salmah binti Abdul Manah
c) abah tersayang , Abd Rahim bin Mat Ali
d) mira sayang jugak adik beradik termasuk mira sendiri : bang long - Mohd Aizzul Azreen , mira - Nurul Amira Akmalina * perlu jugak ke sebut nama sendiri nih? hehekmidat - Nurul Asmidar , ashraf - Muhamad Amirul Ashraf ,  dik aiman - Muhammad Akmal Aiman , dik wani - Nurul Amylia Azwani
e) cikgu cikgu top ! hehek ;) - cikgu Salmah Othman , cikgu Haliza Saad , cikgu Rohyah , cikgu Harison Kechik , cikgu Hafiza .. ekceli , ada lagi , tapi cukuplaa sini je . yang pasti , mira syg sgt dorg .
f) bestie forever - anis , muna , azila , zahirah , wani , fateen 
g) tak lupa GF yang selama ni buatkan hati ini jadik hepi sebab dapat family baru - thanks kak mas n abang afiq atas penubuhan GF ~
mira nak cakap mira sayang sangat dengan semua orang <3<3

2) 3 negara, ( bukan negeri ) yang awak idam idamkan untuk ke sana, negara apa :)
a) Makkah
b) Madinah
nak sangat pegi situu , kat Makkah tu mira nak tengok kaabah depan mata , nak cium Hajar Aswad , insya'Allah
c) Jepun - nak sangat lawat Taman Tema Hello Kitty , hehe

3) apa prinsip hidup awak.. beritahu 1 je prinsip :)
~ GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA GAGAL UNTUK SELAMA-LAMANYA ~


done ~ selamat membaca semua ^_^