Friday, August 3, 2012

RAMADHAN 14 : MENJAWAB SALAM

Assalamualaikum..

Pagi tadi myra ada tengok tv9 pasal rancangan "Pesan Atuk" . Tajuk yang dibincangkan Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz tentang Salam . Maybe ramai yang tak tahu cara jawab salam dengan betul or tidak ambil tahu salam mana yang tidak perlu dijawab . So , do not take for granted ok ? Mudah - mudahan kita dapat manfaat daripada ilmu yang diperoleh ini ..

Apabila seseorang mengucapkan salam kepada kita: 'Assalamualaikum', balaslah ia seperti: 'wa’alaikumussalam warahmatullah'
Jika seseorang mengucapkan: 'Assalamualaikum warahmatullah', balaslah ia dengan: 'wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh'
Akan tetapi jika kita didahului dengan: 'Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh', balasannya yang paling baik ialah: 'wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh'.
*hal ini kerana salam yang diberi mestilah dijawab dengan lebih baik

Ustaz Abu Hasan juga mengatakan terdapat salah faham yang perlu diperbetulkan dalam menjawab salam iaitu terdapat segelintir umat islam yang menambah perkataan 'Taala' dalam ucapan SALAM yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Seperti yang kita sedia maklum , salam wajib dijawab manakala memberi salam adalah sunat. Tetapi ada 4 keadaan yang salam tersebut tidak perlu dijawab.

1. Salam yang diberi oleh orang bukan beragama Islam.
2.Salam yang diberi kepada orang yang dalam solat berjemaah. Apabila Imam memberikan salam selepas tasyahud akhir, salam itu tidak perlu dijawab oleh makmum. Tetapi sekiranya dijawab, maka rosaklah solat makmum tersebut kerana salam tersebut ditujukan kepada makhluk yang lain.
3.Salam yang diberi selepas habis berucap. 
Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
'Barangsiapa yang mendahulukan ucapan, kemudian baru memberikan salam, maka salamnya tidak perlu dijawab'
Maksudnya bila seseorang itu berucap panjang berjela-jela seperti yang berusaha , yang dihormati.. then baru nak ucap salam , maka salam itu tidak perlu dijawab. Seriously , myra pun baru tau ketika ni tak perlu jawab . hehe :D
4.Yakin bila salam dipermainkan. Biasanya ketika lelaki yang nak mengorat perempuan . Dia akan cakap ' Assalamualaikum, tak jawab dosa'.. 

Salam dalam keadaan ni tidak perlulah dijawab .. sekian.. 
Rujukan daripada ustaz Abu Hasan..