Thursday, February 14, 2013

#3 Uda & Dara

Assalamualaikum..

hai hai . kembali kita hebah pasai novel lagi. hehe . novel tu dah pun mira baca , pinjam dari cikgu mira. al-maklumlaa , disebabkan cikgu punya minat yang sama, so boleh laa kami sharing2. haha . sapa-sapa yang belum baca lagi tuhh boleh laa p cari lekaih . : )


Sinopsis :
Sudah sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad! Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat. 

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Monday, February 11, 2013

BILA BERSUJUD..


Assalamualaikum ..

Buat semua muslim , hari ni mira nak share something yang agak penting. Kadang kita tak sedar pun kesilapan yang kita buat . So , lepas ni kena alert laa sikit. Mira terfikir nak buat entri ni sebab masih ramai umat Islam terutama yang perempuan sujud tak betul dan tak mematuhi rukun sujud. Dahi dan tapak tangan selalu terhalang dari mencecah tempat sujud . Tak kira usia muda atau tua , benda ni selalu terjadi. Ustaz mira pun selalu pesan kalau dah nampak tu, tolong2 laa tegur tau. Kalau dia taknak terima, itu urusan dia dengan Allah . Sekurang-kurangnya kita dah bertanggungjawab.. :)

Berhati-hatilah  dengan rukun-rukun solat kerana dibimbangi solat yang kita lakukan bertahun-tahun rupanya tidak sah dan tidak diterima pahalanya oleh Allah akibat kejahilan kita dalam melaksanakan ibadat sembahyang dengan betul.

Oleh itu, sentiasalah belajar dan menghadiri kuliah-kuliah yang dianjurkan oleh masjid atau di mana jua. Jangan kita hanya belajar melalui "ikut-ikut" atau "tengok-tengok" sedangkan orang yang kita "ikut" itu belum tentu betul caranya. Bergurulah dengan mereka yang alim dan janganlah kita lebih rela menghabiskan masa menonton rancangan hiburan daripada belajar agama di masjid. "Sesungguhnya penyesalan di akhirat nanti  tidak akan berguna".

Sabda Rasulullah SAW: “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…”
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Sujud yang sempurna mestilah dilakukan dengan 7 anggota. Dalam mazhab syafie, dahi mesti ditekan di tempat sujud, diletakkan sebetulnya dan menekan dahi di tempat sujud telah termasuk di dalam syarat sah sujud

Kedudukan hujung jari kaki
Cara meletakkan hujung jari kaki ialah dengan melipat hujung jari kaki kita semasa sujud. Minimum ialah dengan satu jari kaki yang betul kedudukannya. Jika jari kaki tidak dillipat, tidak diletakkan dengan betul, solat kita boleh batal kerana ia merupakan anggota wajib. Bagi mereka yang boleh meletakkan jari kaki dengan betul, hendaklah melakukannya dan bagi mereka yang mungkin sudah berusia dan sukar melipat jari kaki, lakukanlah sekadar kemampuan.

Meletak hidung di tempat sujud
Dalam mazhab syafie, makruh hukumnya jika kita sujud dalam keadaan tidak merapatkan hidung di tempat sujud. Justeru itu, seeloknya kita sujud dalam keadaan meletakkan atau merapatkan hidung di tempat sujud. Ini berdasarkan hadis yg menyuruh kita bersujud di atas 7 anggota.

Kedudukan muka ketika sujud 
Ada hadis nabi yang menyebut bahawa baginda meletakkan wajahnya di antara kedua-dua tangannya semasa sujud (abu daud).

Merenggangkan tangan semasa sujud
Ada hadis bukhari muslim bahawa Nabi Muhammad SAW merenggangkan kedua belah tangannya daripada sisinya/rusuknya/lambungnya sehingga kelihatan putih ketiak baginda.
Walau bagaimanapun, mengikut mazhab Syafie bagi perempuan tidak perlu merenggangkan tangan mereka ketika rukuk dan sujud.

Mengangkat siku 
Ada hadis riwayat muslim bahawa nabi memerintahkan meletakkan kedua telapak tangan dan mengangkat siku.

Merapatkan jari semasa sujud
Ada hadis al-baihaqiy bahawa Nabi Muhammad SAW apabila rukuk, baginda membuka/merenggangkan jarinya dan apabila sujud baginda merapatkan jarinya.

So, sujudlah dengan sebaik-baiknya. Jom sama-sama perbetulkan kesilapan yang kita dah buat.
KETIKA SUJUDLAH ALLAH PALING DEKAT DENGAN HAMBANYA.

Diriwayatkan pula oleh Muslim dari Abu Hurairah Radhiyallahu'anhu, bahwa Rasulullah SAW bersabda:
 “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”.

Sekiranya ada kekeliruan or kemusykilan, rujuklah dengan mereka yang lebih arif k, mira cuma kongsikan apa yang mira dapat ^_^

Thursday, February 7, 2013

#2 I LOVE YOU CIKGU

Assalamualaikum..

dari mira taktau nak buat apa, baik update je pasai novel. novel ni mira baru je beli last month and dah habes pun baca. I LOVE YOU CIKGU . haa? terpikat dak hampa ni? novel ni bes laa jugak, anak murid jatuh cinta dengan cikgu kot. tapi yang besnyaa depa ni akhirnya memeluk agama Islam.. apa2 pun mira harap adik2 yang bawah umur lagi tak perlu laa nak bercintan cintun nih. maybe bukan masanya lagi. Insya'Allah, akan sampai jugak .. setakat nak baca tuu boleh je, release tension kan, dapat jugak hilang boring . :D


jom baca sinopsisnya karya Imanisa Riana ni.. nak tau ceritanyaa, hampa beli laa novel ni k.. :)

Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang. Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan diri daripada Iman. Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah sebuah penantian?

Wednesday, February 6, 2013

#1 SETIA HUJUNG NYAWA

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar sekarang ni Setia Hujung Nyawa dah pun jadi fenomena kan.. duk tang mana-mana mesti semua duk bla bla bla pasal ni.. mira pun selalu jugak ikut perkembangan SHN ni. haha, al-maklumlah kan.. dapat tengok El dan Zain.. hehe. haa, novel ni pun mira sanggup beli, nak menambahkan koleksi terbaru. :)) baru ja abes baca petang tadi. tapi totally 100% tak sama laa jalan cerita dengan tv punya.. nak tahu lebih lanjut, sila2 laa tengok full episod. last esok, huhu.. apa2 pun layan jelaa kan. hampa yang belum baca novel tu lagi , ni mira tinggalkan sinopsis untuk hampa. enjoy guys!


 Sinopsis dari kulit buku:
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Sunday, February 3, 2013

KEGEMBIRAAN DAN KESEDIHAN

Assalamualaikum..

Pagi kelmarin mira dengaq2 mak dengan 2 orang adik nak kuaq p sp , tapi.. depa macam takmau ajak mira jaa, So mira pun merajuk laa, huhu , sebab nak kena tinggai kan .. nak duk umah sorang2 memang taklaa . Last, depa ajak juga mira . yeayy ! cepat-cepat siap2 nak ikut . :DD

Sekali p bejalan ngan depa , adoiyaii .. Merata p, mula p bank nak banking duit , n dua tiga tempat laa (urusan mak) , pastuh p tesco sp selatan .. dah ada kat situ , dalam kepala mira dah terpikiaq dah sat g nak masuk popular . bukan apa , nak cari novel cita yang tengah hangat kat tv tu .. SETIA HUJUNG NYAWA~ Finally, dapat jugak akhirnya. hehe :D Before this pun mira dah memang cari sangat novel tu kat popular cs , tapi abes stok der . sabaq jelaa.. Lama la jugak lepak2x situ then terus makan kat food court.. lepaih makan kami nak balik laa,  then adik mira pulak ajak masuk kedai apa taktau nama kedai tuh , dia nak beli roti.. mira pun belek2 laa jugak , pastu adalaa dengaq macam orang cakap ceni " mira, takmau teguq aku ke?" aduhh ! mira pun tengok laa .. aikk? macam kenai ja , las2 haa , baru mira perasan tu fadzilah, kawan mira dari tadika, n primary school lagi . hepi sat bila jumpa kawan lama nih . sembang punya sembang, mira pun minta diri laa nak balik dah . sambil tu siap pesan lagi kat dia, if mira tak perasan teguq2 laa, al-maklumlah lama tak jumpa kan . heheh~ ^_^

 ni laa Fadzilah 

| Setia Hujung Nyawa |

Dah penat jalan kat situ , mula laa mak cakap nak balik , tapi kami siap singgah lagi kat AM , hmpa tau dakk apa itu AM? AM tu amanjaya mall yang baru jaa bukak las year . round habes laa kat situ macam dah nak tercabut kaki nihaa . kalaulaa semua benda kat situ bole cakap mesti dia akan cakap 'kenapa laa depa ni tak balik2 lagi , nek cemuih dah asyik tengok muka depa'.. haha, abaikan ~~

Tapi paling mira tak sangka2 terjumpa pulak sorang lagi besfren mira , Siti Saleha masa p Kem Kepimpinan dulu , dah nek escalator *betoi ke tak aku eja nihh nak masuk laa pulak MPH , tetiba jaa ada yang panggil miraaa. Mira pun pusing laa kiri kanan nak cari, tengok2 dah duk depan mata dah .. apalagi , menjerit berpeluk bagai laa, terlupa sat situasi kat mana mira duk ni . hahaha. malu bukan men laa . ==' dah menjerit depan mph, ada yang tengok habes, so buat derk jelaa. hahaha .. Lama jugak laa kami duk smbang, lepaih tu masing2 undur diri nak balik. Ya Allah, memang tak sangka sangat jumpa dia, dia tulaa paling rapat masa kat kem, tu yang excited sampai tak peduli orang sat. hehe : )

ni laa Ct , my bff ^_^

Masing-masing penat , terus balik rumah.. okeh, stop dulu. mira dah terlebih merapu pulak kat sini , sory kalau ada yang terpaksa baca apa yang mira melalut bagai . ehh, jap jap ! if sudi jom laa baca blog Mr.Danny ni.. ya Allah, mira sampai menangis jugak laa baca.. Rasa sedih sangat bila baca kisahnya yang menyayat hati. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang ni. Buat Danny, semoga dia tabah dan sentiasa kuat dalam menghadapi dugaan hidup. Ini adalah ujian sebagai seorang umat Islam. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan seseorang. Ingatlah Allah selalu ada dengan kita. Allah turunkan ujian sebab Dia rindu untuk mendengar rintihan kita, jadikan Dia sebagai tempat mengadu dan bergantung. Mengadulah pada-Nya.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, semoga Danny sentiasa kuatkan hati dan teruskan perjuanga.. :'( Assalamualaikum..

Friday, February 1, 2013

Excited VS Nervous ??

Assalamualaikum..

Terasa macam sat jaa dah masuk tahun baru weii . Ya Allah,, syukur alhamdulillah , mira masih lagi merasa nikmat yang dilimpahi-Nya. Yelaa, pejam celik pejam celik dah masuk bulan Feb 2o13 , terbayang-bayang lagi nihh mira still form 5 , form 6. HAHAHA , bajet muda lagi kot  :)

Nak tauu dakk malam tadi mira punya laa excited . bukan ap, semangat nak tau result abang mira pasai penerapan UiTM untuk futher degree . result orang len yang kuaq, aku pulak yang excited menggunung .. haha , n alhamdulillah laa dia dapat jugak futher study course math management . *betoi ke tak laa eja cmni ^_^
Dia dapat kat seremban tapi kena transit kat shah alam dulu. Lepaih ni buleh pulakk la jadik oqang nogori pulak kan bang long?? congrats ea !! ngee~

Besnyaaa kan? Bila dia tau result tuu, hmm terpikir pulak mira pasal STPM.. Ahhh , dok dengaq dengaq macam keluaq hujung bulan ni jaa , tak kisahhlah tapi yang penting result mira belum keluaq lagii !! maunyaa tak neves . Nak tau hal orang punya semangat bagai . Hohoho. Sabar jelaa menanti dan menanti. Apa-apa pun I hope everything will be okay as I expected. Yelaa , sapa yang takmau tengok diri sendiri berjaya kan .. Doakan mira dapat result yang cemerlang , Insya'Allah.. Thanks , Assalamualaikum..