Monday, September 30, 2013

LEMBARAN BARU

Assalamualaikum wbt .. Salam Mahabbah , Salam Ukhuwah..

sesungguhnya aku teramat rindukan belog comei ini. haha . see see! nampak tak dekat 3 bulan kot aku biaq ja rumah ni berhabuk. tak dipedulikan . akhirnya , tetiba rasa jari-jari ni nak menari semula. haha,. hampa semua sihat dak ? aku alhamdulillah, sihat. kalau nak diikutkan terasa banyak sangat benda nak cerita, tapi takpela, aku pendekkan ja. haha .

lepaih tamat sekolah diiktiraf bekas pelajar, aku terus start keja . nak cari pengalaman kan, operator kilang, cashier semua penah aku keja sampailaa sekarang ni alhamdulillah, aku ditawarkan ke ipta. bersyukur sangat-sangat. seriously shocked! aku memang tak sangka, sebab masa apply upu aku tak dapat . hanya kesabaran ja yang membuatkan aku tenang . macam nak nangis sebab tengok kawan-kawan baik aku dapat . tapi tumpangkan hepi sekali . hehe. nak dijadikan cerita tu, aku dapat tawaran tu melalui telefon ja, haha. ingatkan depa nak hantaq kot email. nampak sangat dak aku duk buat perangai lama duk ghalit lagi. sekali tu, hambek kau! pukui 3 petang, hari rabu , 18hb sept 2013 tetiba dapat call.. macam ni laa bunyinya..

pihak upm : assalamualaikum , ni cik amira ke?
saya : wa'alaikumussalam, ya saya.. ni sapa ?
pihak upm : saya dari upm . awak tahu tak awak sepatutnya kena mendaftarkan diri hari ni?
saya : ??? (tak tahu nak cakap ap) terkejut macam ap lagi, tiba2 rasa nak nangis. lepaih tu pelan2 cakap dengan depa , yaka? seriously saya memang tak tahu. so , macam mana ni?
pihak upm : awak betul taknak ke terima tawaran ni? sebab bila diorang tak datang bermakna diorang let go ja.
saya : ehhh , tak tak . saya nak sangat-sangat, tapi saya memang tak tahu . sebab tak dapat info awal, tak tahu pulak kena check kat mana2 ke, saya tunggu email ja, tapi takda maklum balas.
pihak upm : hmm, macam mana ye? kalau saya tunggu, bila awak boleh mendaftar?
saya : insya'Allah, secapat mungkin saya selesaikan. boleh bagi waktu?
pihak upm : ok, takpelah, awak dari kedah kan ? saya bagi awak daftar hari jumaat , 20.09.13. awak ambil link tu  @#$%^&*, print surat tawaran, then pegi buat medical check-up dan bayar yuran sekali.
saya : ok, saya usahakan. terima kasih.
pihak upm : sama-sama.

bayangkan, masa dapat call tu dah laa petang , tengah keja pulak tu . mmg seqabut gila dah. waktu kerja tak habes lagi, means tak boleh balik rumah lagi. aku tepon mama, abg semua. kebetulan haritu mak aku still keja, nak taknak esoknya (khamis) jugak laa aku kena settle semua tu . rasanya, first time kot buat keja secepat tu . macam apa lagi, rushing gilaaa buat mc, bayaq yuran, kemas baju apa yang ada. malam tu terus bertolak sebab nak kena sampai pagi jumaat kat sini. Alhamdulillah, last2 selamat sampai, tapi kena jugak la settle satu--satu benda kat sini sebab lewat kan. buat meal plan lah, segala mak nenek lah. haha.

tunggu punya tunggu akhirnya dapat jugak aku nak sambung degree, ingatkan tak dapat, mula la terpikiaq ada kot rezeki lepas ni, myb next year kan, atau bertahun-tahun lagi...

buat semua siswa/siswi baru, tahniah aku ucapkan sebab dah dapat melanjutkan pelajaran ke ipta or ipts. percayalah, kat manapun kita belajaq, jangan sesekali lupa DIA, sesungguhnya , DIA lah yang membuatkan kita menjadi seperti hari ini. bersyukurlah dengan apa juga yang hampa semua miliki, harapan yang dinanti akan tiba jua insya'Allah, berdoalah..

so, sekarang ni aku sedang berada di tempat baru ( sory, kot2 ayat bm macam tak betui, haha ) . dah mula dapat kawan baru , dari macam-macam negeri pulak tuhh. dah mula dapat esaimen yang first time baru nak kenai macam mana. haha . new life ! new friends ! tapi tapiii, dari mula masuk dah homesick! :D ni dah terasa nak balik . rindu family, rindu rumah , kawan , cikgu . hahaha, tengok, baru duk kat sini ja, dulu beria-ia mintak unimas, sekali dapat , tak balik laa aku. huhuhu... so, hargailah dengan sebaik-baiknya..

"kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa..kadangkala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian.Sekiranya lemah,kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan"