Saturday, September 26, 2015

SALAM IDUL ADHA 1436H

Salam idul adha muslimim muslimat sekalian.

Bila bertemu bulan Dzulhijjah, mesti terlintas hari raya idul adha. Sesungguhnya di bulan ini terdapat sebuah kisah pengorbanan. Ya, aku tidak pernah lupa bagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim as iaitu salah seorang Nabi yang termasuk dalam golongan ulul'azmi. Sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail itu, selepas menerima wahyu dari Allah supaya berbuat demikian. Bayangkan bagaimana Nabi Ibrahim mampu untuk melaksanakan perintah tersebut semata-mata kerana Allah. Semua ni buat aku sedaq atas kealpaan diri sendiri. Moga ada ibrah yang dapat kita ambil dari kisah sedemikian.

Cerita balik pasai pengorbanan ni, kadang kala aku pun kena korban jugak. Terutamanya bila balik raya dalam keadaan yang suntuk. Dengan esaimen 5 6 subjek duk tunggu. Mana aku tak pikiaq, tapi apakan daya, bila bergelar pelajar ni, nak tak nak kena buat jugak kan. Heheh. Kot mana pun raya tetap raya. Nikmati puas-puas dengan family tercinta dan kawan-kawan. Quality time tuuu!!

Nahh, belanja dua tiga das gambaq. ^_^

Sorang adik beraya di Pahang, Sorang keluaq beraya. Abang tukang amik gambaq :D

Walimah sahabat tersayang today. Barakallahu lakuma Wa Baraka 'Alaikuma Wa Jama'a Bainakuma Fi Khair


Salam idul adha semua. Sekian.

Saturday, September 19, 2015

HK 165

Assalamualaikum wbt.

Bertemu lagi kita setelah sekian lama menyepikan diri. Macam kebiasaan, andai ruang kekreatifan dan keideaan dah takdak, maka, tak wujudnya sebarang ayat dan kisah. kononnyaaa. hahaha
Mesti ada yang tertanya-tanya tentang HK ni kan. Sana sini orang tanya, kenapa aku tukaq nickname kat insta, wechat, youtube and so on. Sampaikan ada yang tanya HK tu benda apa? Hong Kong ka? hahahaha.

Okay, okay. Actually, HK tu stand for hello kitty and hijau kuning. Disebabkan aku terlalu obses dengan hello kitty, jadi aku letaklaa nama tu. And one more, hijau kuning tu means aku ni teramat sayangkan negeri yang aku duk ni. Jadi, kat sinilaa mainya "hk, hk" ni. 165 pulak akan aku pegang sampai bila-bila. 1 untuk Ihsan , 6 untuk rukun Iman dan 5 untuk rukun Islam. Semoga dengan pegangan ini membuatkan aku terus kuat menjadi seorang mukmin yang bertaqwa. Insya'Allah. Mudah-mudahan segalanya tercapai. Rabbuna yusahhil. :D