Salam idul adha muslimim muslimat sekalian.
Bila bertemu bulan Dzulhijjah, mesti terlintas hari raya idul adha. Sesungguhnya di bulan ini terdapat sebuah kisah pengorbanan. Ya, aku tidak pernah lupa bagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim as iaitu salah seorang Nabi yang termasuk dalam golongan ulul'azmi. Sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail itu, selepas menerima wahyu dari Allah supaya berbuat demikian. Bayangkan bagaimana Nabi Ibrahim mampu untuk melaksanakan perintah tersebut semata-mata kerana Allah. Semua ni buat aku sedaq atas kealpaan diri sendiri. Moga ada ibrah yang dapat kita ambil dari kisah sedemikian.
Cerita balik pasai pengorbanan ni, kadang kala aku pun kena korban jugak. Terutamanya bila balik raya dalam keadaan yang suntuk. Dengan esaimen 5 6 subjek duk tunggu. Mana aku tak pikiaq, tapi apakan daya, bila bergelar pelajar ni, nak tak nak kena buat jugak kan. Heheh. Kot mana pun raya tetap raya. Nikmati puas-puas dengan family tercinta dan kawan-kawan. Quality time tuuu!!
Nahh, belanja dua tiga das gambaq. ^_^
Sorang adik beraya di Pahang, Sorang keluaq beraya. Abang tukang amik gambaq :D
Walimah sahabat tersayang today. Barakallahu lakuma Wa Baraka 'Alaikuma Wa Jama'a Bainakuma Fi Khair
Salam idul adha semua. Sekian.