korang tahu kan daa lewat nii . pegi tido . apa ? nak jugak baca entry ni . hmm, takpelaa . myra tak buleh nak halang korang . korang korang , malam ni myra sedih sangat . tak sempat nak tahan airmata ni . memang sebak sangat . myra tahu , mesti korang menyampah kan dengan myra sebab selalu sangat nangis . tapi salah ke ? daa sememangnya myra macam tuu . alhamdulillah sekarang daa oke sikit .
korang tahu pasal hape ? tadi myra on9 . daa bukak fb tengok kat notification ada pasal group yang myra join uhh . macam macam yang kak mas post . myra still tak faham . kenapa akak cakap akan ada pengganti admin , akak cakap suhh create group baru laa , nak tukar nama group laa . kenapa akak , myra still tak faham . kenapa tiba tiba ja jadi macam nii .. ada ke dalam korang yang menjadi puncanya ? hmmm ....
kak mas tahu takk dari first day myra join group GF myra rasa seronok sangat . sebab kak mas baik jaa dengan semua . kak mas tegur mana yang salah macam ' spam link ' and apa apa jelaa . sampai satu tahap tuu pun myra daa faham kenapa akak marah . ada yang taknak dengar cakap akak a.k.a admin . akak tau tak group lain tak ada sangat pun admin amik tahu pasal ahli ahlinya . tapi akak tak . akak still amik berat . percayalah akak .. akak memang admin terbaik yang kami kenali . if kak mas nak tahu myra daa anggap kak mas macam kakak sendiri . myra takde kakak . myra harap apa apa pun yang berlaku akak takkan gantikan admin yang baru . tak bermakna lagi if kak mas n abg afiq bukan lagi admin GF . ahli ahli lain pun perlukan akak jugak kan ? harap akak sabar dengan kerenah semuanya . kalau ada yangg tak menghormati admin tuu , akak remove jelaa . myra sayanggg kak mas ..
hye readers ! myra nak share something ni . myra menang topup beb . best sangat , sebab bulan ni daa dua kali myra menang . alhamdulillah , rezeki myra . memang tak terfikir punng nak menang . sebab sebelum ni myra join mana2x aktiviti dalam blog ni taakk penah dapat lagi . syukur laa kan . dapat free , sapa laa yang tak nak kan .
tadi myra pelik laa jugak , on jaa fb tengok kat wall GF ada status macam ni..
" ada yang tak berpuas hati lagi ea sebab tak menang? mana yang tak menang tu, tapi nak menang meh PM mas ".
jap ekk . scroll bawah lagi . if korang takk nampak sila klik pic ni tau .
haa , da tengok ? okeh , myra citer lagi . myra pelik tau bila kak mas cakap camtuhh . yelaa , menang apa? takkan myra tertinggal xtvt kot ! kalau taa silap myra ada laa join xtvt semalam , tapi kan close date dy pukul 6 tadi . tapi myra baca status tuu pukul 4 +++ . teringat laa nak bukak blog kak mas tuhh . baru pasan ada yang dah berubah . pukul 4 daa tamat xtvt tuu . selamat tak terlepas ! fuhhh . then , myra usha2x laa lagi . semangat nak tau sapa yang menang . tak sangka tersenarai jugak . korang taa caya ? nah amik sini . siap print screen lagi . haha
apa apa pun syukran yaa kak mas sebab buat xtvt ni . sapa punya topup tuu , terima kasih banyak2x yea . semoga Allah membalas kebaikan korang . yang menang tuu , myra nak wish tahniah la ,, dan yang taaa menang korang jangan kecik hati tau . myb lepas ni rezeki korang . Insya'Allah ..
korang sihat ? lama tak tanya kan .. hope korang jagalah kesihatan ye , sapa sapa yang sakit cepat cepat laa korang amik tindakan . maaf yer pembaca semua sebab malam ni entry berkisar GF . erk ? apa GF tuu ? chopp! GF means GENG fiQ'Ra , grup yang myra join dekat fb lol . hehe ,,
hmm , tadi myra ada terbaca entry dekat blog NL .. korang klik yea if korang nak tau .. myra baca pun sampai menangis nangis . terharu sangat bilaa baca . kat wall GF pun ada jugak yang sedih . pasal Kak Mas .. myra tak dapat tahan . sambil buat entry ni puns mata ni nak juga kuaqkan air jernih tuhh . mudah sangat kan . myra memang taley tengok orang lain sediyh ,, mesty apa yang orang lain rasa myra akan rasa jugak . kadang kadang baca novel or tengok tv punn bley nangis . tak tahu kenapa . tapi wajarkan if myra jadi camtuhh ,, apa apa pun myra harap Kak Mas , NL , JLo n lain lain tabah ye jalani hidup ni .. life must go on.. setiap yang berlaku tuu pasti ada hikmahnya .
Firman Allah Taala yang bermaksud :
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Al Baqarah 286.
myra nak korang tahu yang myra sentiasa sayang dengan kawan kawan yang myra kenali . even baru kenal ke lama ke , selagi kita berkawan selamanya tetap berkawan . friendship will never end .
hye peeps! kita jumpa lagi . :) tapi kali ni dalam xtvt yang ke 5 sudaa , memang aktiff kan group GF nih . kak mas pulak sentiasa cari sponsor untuk bagi memeriahkan lagi GF . so , sekarang ni myra nak join lagi aktiviti ke5 yang diberi tajuk " Story Aku & Lagu " . agakformalkan? hehex . okeh , korang teruskan membaca yer ! ehh , kejap kejap , myra terlupa nak letak banner and blogger card . pentingkan benda tuhh , kalo takk nanti admin ingatkan budakk mana laa yang join aktiviti nii ..
--> berikan 1 sahaja lagu yang memberi maksud yang mendalam dalam hidup ..
actually , dalam hidup myra banyak sangat lagu yang memberi makna . yelaa , setiap lagu tuu tak sama kan maksudnya . kadang kala , setiap bait bait perkataan tuu mesti berkaitan jugak dengan seseorang . tapi untuk kali ni myra akan bagi jugak satu lagu . tajuk lagu tuu ialah IKTIRAF .
Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu
nasyid ni selalu jadi pilihan myra . kadang kadang kalau boring mesti myra akan mainkan nasyid ni . korang tau kenapa myra pilih yang ni ? tyme myra standard two myra ada kelas arab . ustaz mengajar tu ada jugak bukak nasyid nii .. first tyme bila dengar tuu mula laa myra menangis . myra ingat lagi tyme tuu laa kengkawan myra sama sama menangis . syahdu sangat bila dengar nasyid ni . tambah tambah pulak myra ni mudah sangat mengalirkan air mata . sensitif . lagu ni akan mengingatkan myra saat bersama kawan kawan seperjuangan dulu . sama sama menghayati setiap patah perkataan tuu . bila daa sampai tak tahan sangat uztas stop sekejap nasyid ni .. biarkan kesedihan tuu berlalu seketika . mesti kan ada yang fikir darjah dua daa buley menghayati ke ? benda ni bergantung pada diri masing masing . daa kelebihan yang sememangnya begitu .
nasyid ni banyak juga menyedarkan diri myra . bila difikir fikir balik banyak dosa yang telah dilakukan . myra juga manusia biasa , tak lepas dari melakukan kesilapan . nobody is pecfect . tapi , setiap orang yang melakukan kesilapan tidak akan mengulangkan lagi kan . so , myra pegang kata kata ni . " BELAJAR DARI KESILAPAN , PENGALAMAN ADALAH GURU YANG PALING BAIK " . sometimes , bila dengar je nasyid ni .. terasa betapa kerdilnya diriku ini . dosa yang dilakukan tuu kadang kala tanpa disedari . lagu ni juga membuatkan kita berfikir sejenak .. sesungguhnya lagu ni memberikan maksud yang bermakna sekali . myra rasa nie jer yang dapat myra luahkan . menangis juga bila kena buat entry nii .. semoga entry ni tidak menyakiti hati semua ..
rasa macam daa lama tak hupdate kan ? okeh , hupdate lagi . hahaha . ini jus entry pendek jerk . dua tiga hari lepas myra pegi uitm merbok . besa laa , rumah dekat situu kan . haha , ekk ? kau pegi situ buat hape? kejap , meyh myra nak share2x sini . ada pelancaran kelab myagrosis peringkat kebangsaan serta perhimpunan perdana usahawan siswazah dan belia tani yang live dekat tv tuu ,.. haa , korang tengok kan ? habis jer perasmian tuu myra amik laa pic PM kita . ehh ehh , bukan abang faizal pm dalam group GENG fiQ'Ra tu okeh ! sapa sapa yang silap tuhh sila buat pembetulan cepat ! yang myra jumpa ni YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak .. jom check it out !
korang ape citer ? sihat tak malam ni ? kalau yang ada sakit2x tuhh myra sarankan pegi laa tido . restkan minda korang korang tuhh . ye laa kan , semenjak cuti nii mesty ada yang tido lewat . betoi tak , betoi tak , hehehe . hmm, korang korang korang . myra nak share something nih . okeh ! sebelum tuhh myra nanak tanya sape kat sini yang minat novel ? kalau ada tuu bley laa kita jadik geng kan . hahaha , baca novel ni daa jadi hobi myra punn . kadang2x tuhh bley jadi gila bila nampak jer novel . ehh , sampai macam tu ke myra . ko ta payah tipu laa . ada ke gila puloks . ngeh3 . sekarang ni kan cuti sekolah . so , bila free ja mula laa tangan ni menggatal pegang novel . tapi tak suma novel yang mira penah baca tuu barang myra . kadang tuu myra pinjam yang kawan . sebabnya myra ni bukan anak yang selalu dimanjakan . yelaa , myra anak second dan ada adik2x lagi . even myra menangis berguling guling masuk rumah jiran sebelah pun myra takkan dapat . kalau nak kena beli sendiri tau . ni laa koleksi yang penah mira baca .
---->andai itu takdirNya , cinta kau dan aku , 7 hari mencintaiku , lafazkan kalimah cintamu , tak secantik husna , ilham hati , ayat ayat cinta , cerita dari hati , jika kau kekasih , cinta tiga suku , bini aku tomboi ke , bicara hati , senafas rindu , rela ku menanti , ternyata cinta , sungguh aku cinta , seribu kali sayang , adam & hawa , rindu di awan biru , sepi tanpa cinta , juara carta cinta , cinta dua jiwa , warna hati , rindu cintaku , kasih antara kita , anugerah cinta , aku bukan superstar , doa buat suamiku , cahaya cinta , aku dia & coklat , dear yayah , siapa lebih popular , gadis skuter , gadis lolipop , jawapan yang pasti ..<----
ada banyak lagi tapi semua tak ingat laa . sekarang ni myra tengah baca novel kasih bersulam cinta .. dan ada lagi yang menanti untuk dibaca .. ( betulkah , semanis tart ceri , selamba , chronicle 301 semester satu , chronicle 301 salji pertama ) . novel ni myra bley senaraikan jelaa . kemalasan nak upload pic . : ))) okeh ! myra stop dulu jyeah !
p/s : cuti cuti jugak , tapi jangan lupa nak study tau ! : D
korang tengah buat apa tuu . disebabkan mata nie belum minta tidoo so myra buat laa entry kemerepekan ni . haa , ada ke kemerepekan ? sia2x je kan bahasa melayu daa disalahgunakan . ehehe . ehh , peduli sangat ke ? kesah ? takk pons ! hahaha . maapjikaterkasar . haa , tadi myra on9 fb , then terbaca laa post adik dekat group myra . dya cakap macam ni " Terengat kenangan dengan ampa . 1st time aku smpai kat kem , dengan beg nak p haji , aku bediri sensorang , lepas 2 geng2 pngey duduk dengan depa , aku maluu tp nak p . Lepas 2 p jugak , dah duduk sembang kenai kenai suma , dah jd kawan . Ampa egat dak lagi time kita main pemainan kanak kanak ribena dulu ? Aku rindu . kita duduk besila atas lantai , renggah gelak serupa ap tktao . Lepas 2 sama sama p makan kat knten , p solat sama sama , mdy sama sama , tidoq sama sama . Bila lagi bole mcm 2 ? ingat ta bila 1st time kita kayuh . naik bukit pon aku tenat dah , rasa mcm nazak semacam . Tp sebab kawan kawan aku kayuh jugak . hilang penat . aku rindu kat ampa suma . Bila hari last , aku tkbole tahan ayaq mata , serupa ayaq terjun dah . Dah lama kita pisah , tak jumpa , tp percaya aa , aku takan lupa ampa suma . ILOVEYOU ♥ "
bila baca tuu macam nak tiyakk jugak . kejap jer kan masa berlalu . daa hampir 2 bulan daa kita terjumpa terpisah . hehe . seminggu duk sekali memang terasa rinduu sangat2x bila tak jumpa kan . myra tak nafikan semua tuhh . kadang2x teringat jugak apa yang adik kata tuhh . lepas ni bole lagi ker macam tu ? nak jumpa pun susah kan . jaoh even duk dalam kedah jugak ! haha . kenangan2x . manis sangat bila diingat . buat xtvt sama . then , bila nak pegi mana2x kita mesty tunggu kawan kan . ta pena kita biaq jer dy sorang2x . actually , myra hepy sangat dapat kawan macam ampa semua . myra takkan sekaly2x lupa korang . i miss u so much !
hye u olls! korang tengah mengledek apa tuhh ? haha . hari ni header belog myra berwajah baru . see see . actually myra daa lama sangat tau nanak buat header transparent cetuhh . tapi taa pena kesampaian . mana taknya . myra tatau nak buat caner . ada photoscape je . mana buleh edit n cut pic2x suma tuhh . so , myra suh adik myra tanya kawan dya caner nak buat ann . las2x biler pening jugak nak try myra minta dya tolong buatkan untuk myra . jadik laa header yang comel kiut miut tuu . header je okeh ! bukan orang yang ada kat header tuhh . ada faham ? ngeehehe . dy taa kesah pun . n dy cakap kalau tatau apa2x tanya jer . terharunyerr~ ada jugak yang sudi tolong myra ann . btw , tengs ye adik alya . kak myra hargai sangat2x . <3<3
helo helo! ada orang taa ? haha . mula merapu merapat . hmm, exceli myra tatau nak buat apa sekarang ni . home work sejarah daa ciap lama daaa . folio sejarah pun daa ciap dua tiga hari lepas . alhamdulillah . sebelum abis cuti myra daa ciapkan semuanya . so taa perlu laa myra nak peningkan kepala otak nak pikirkan keja2x sekolaa .
ehh , myra citer ni ada kaitan dengan title ker . hahaha . myra tatau laa nak letak apa . so kalau taa betoi tuu , abaikan jelaa . ngeee . hmm, pejam celik pejam celik daa hampir setahun daa myra dalam dunia blog nii . tapi myra start hupdate baru lapan bulan macam tu laa . even daa hampir setahun tapi myra still tatau naa buat header comel kiut miut macam sys lyssa . tengok belog myra simple jer ann . tade pape yang menarik pungg hehehe
ehhh ? belog myra daa hampir setahun kan . follower amacam ? haaha . semalam tengok sys lyssa hupdate cakap belog dy daaa pun cukup setahun . tapi kejap jer follower dy meningkat . 30k tuuu . myra seratus pun belum mencecah tanah dan laut . erk , tanah dan laut ? sudaa merapu di situu . #otakmerengseketika# jeles jugak laa bila tengok belog sys tuhh . tapi myra taa kesah laa dengan sys lyssa . sebab belog dy cantek , kemas , ada banyak tuto untuk budak baru belajar macam myra nii . and paling myra sukaa sebab template dy warna pinkk . sejuk jer mata yang memandang .
p/s : nak sangat jadi blogger terkenal macam sys lyssa + ben ashaari suatu hari nanti . ^^