Sunday, February 5, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H


kawan-kawan yang beragama Islam , jom kita berselawat beramai-ramai ke atas Nabi Muhammad SAW sempena Maulidur Rasul.. salam maulidur rasul semua : )


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Saturday, January 28, 2012

BUTTON COMEL .. :D

Assalamualaikum ..

lama kan mira tak tanya korang sihat ke tak . harap sihat semuanya yea . hehe .. emm , myra nak cite yang hari ni mira hepi sangat . nak tau kenapa? hehe , sebabnya myra dapat button hello kitty . actually , myra daa lama cari . tapi tak jumpa . ehh , sape yang bagi button tu ? adik laki myra yang bagi laa , dia tau akak dia ni minat sangat dengan hello kitty . so , dia beli untuk myra 2 button . baiknya dia kan .. hehehe . 

nie laa benda kiut miut tuu ..




warna n merah kelabu je adik bagi . yang lain tuu myra beli sendiri .

Friday, January 27, 2012

1 Group 10 Suara


Assalamualaikum semua.. :)
syukur alhamdulillah , akhirnya esaimen group Pancake yang diberikan oleh kak mas berjaya disiapkan . nie semua hasil daripada kerjasama yang tidak terhingga ahli-ahli group ni . baru pertama kali bekerjasama buat aktiviti melalui perbincangan di alam maya . tak mudah kan nak buat macam tu ? hehehe . tapi , dengan adanya aktiviti macam ni , kami semua semakin mengenali antara satu sama lain . myra hepi sangat bila dapat ahli-ahli yang sporting . semua kreatif . macam-macam cadangan yang diorang bagi sampai tak tahu nak pilih yang mana . design yang menarik sangat ! untuk kak muna , una , farah , lyeen , memey , syikin , ruby , riqa , yana , amirah .. myra harap korang akan sentiasa bersama group pancake .. ^^ 

kami juga sepakat memilih tagline yang dicreate oleh Siti Noorhusna . simple dan menarik .
" SEMANIS PANCAKE SEMANIS SENYUMAN KITA SEMUA "

logo dan banner kami telah dihasilkan oleh Farah Izzaty
nie laa hasilnya..



kreatif kan ? hehe : ))

matlamat nie hasil daripada Myra sendiri

kat bawah nie punn matlamat jugak . diedit oleh farah..  sajer myra suka nak upload sebab cantik <3

moto pancake juga telah cipta oleh Myra bercampur idea kak Muna Munie . 
then , logo nie telah didesignkan oleh Farah Izzaty ..

lagu group ? tak besh laa kan bila sesebuah group tuu wujud tapi takder lagu rasmi . so , dengan kelebihan yang myra ada , tercipta laa lagu Group Pancake .. hehe ; )

kejap ! kejap ! sebelum dengar korang stop dulu yea lagu kat blog myra ni .. sory , suara myra memang perlahan .. hehe , test banyak kali tak kuat-kuat jugak .. lagipun tape laa kan .. suara tuu aurat bagi perempuan .. 



abaikan muka tuuu .. mira cover ,, malulaa sebab nie first time nyanyi kena record.. semuanya demi GF .. hehe. kalau tengok camera , komfem suara tak terkeluar .. alamatnya , lingkup pulak lagu tu .. hehe~

lirik lagu : ......

untuk semua yang nak tengok video intro sahabat pancake jemput ke --> PANCAKE yea .. kak mas , abang afiq ,, dan untuk semua GF .. myra mintak maaf sekali lagi sebab tak dapat upload video ni .. hampir 3 jam lebih myra tunggu upload ni tapi tak masuk punn . tak tau kenapa .. :'(

so, tunggu ape lagi , cepatt terjah video tu . comfem korang semua takkan boring punya . :D

dannn , akhir sekali luangkanlah untuk membaca secebis seloka special dari myra untuk admin GF and Pancake's Group~ : )

Salam sejahtera to everybody ,
Seloka ini saya saji ,
Kalau ada yang tak puas hati ,
Hope no body will get angry .

Dengan teliti saya mengubah ,
Untuk mencoret sebuah kisah ,
Dari GENG fiQ'Ra saya persembah ,
Group Pancake punya telatah .

Opps ! nak kenalkan dulu mereka ini ,
Admin GF yang baik hati ,
Gelagat mereka kadang-kadang mencuit hati ,
Kak Mas dan Abg Afiq menampilkan diri .

Putih gebu si anak dara ,
Manis senyuman setiap masa ,
Kekadang itu kecoh , kekadang itu baik juga ,
Tak lain tak bukan Husnalah orangnya .

Berkaca mata ramah orangnya ,
Tinggi sekali nilai bahasa ,
Muna Munie diberi nama ,
kakak sulung Pancake penyayang orangnya .

Dari Dorayaki datangnya dia ,
Amirah Syafiqah itulah orangnya ,
Tercari-cari group sedia ada ,
Maklumlam , baru dibubarkan group lamanya .

Riqa dan Ruby ayu sekali ,
Mana pergi berdua tentu sekali ,
Kalau dipuji kembang berkali-kali ,
Senyum hingga nampak gusi .

Setiap waktu asyik study ,
Straight A+ idaman hati ,
Harapan keluarga ingin dipenuhi ,
Itulah dia Tengku Asyikin .

Kami respect gadis ini ,
Budak kreatif  dalam group kami ,
Orang cantik manis sekali ,
Farah Izzaty nama diberi .

Orangnya comel molek sekali ,
Tangannya juga agak berseni ,
Tertanya siapakah gerangan ini ,
Rupa-rupanya Yanalah nama diberi .

Sangat tinggi nampak orangnya ,
Marleenah diberi nama ,
Cik Lyeen pula nama samarannya ,
Terlalu lemah lembut budi orangnya .

Asyik menghilang tak tentu masa ,
Memey Cekenotlah orangnya ,
Dia kata " kak , ada problem laa " ,
Itulah ayat semanis orangnya .

Asyik berceloteh sana sini ,
Diri pulak bila lagi ,
Okeh , mai sini nak perkenalkan diri ,
Miera Akmalina empunya diri .

Tamatlah sudah menyingkap rahsia ,
Harapkan semua indah belaka ,
Andai ada bermasam muka ,
Paksalah diri senyumlah semula .

Mohon maaf hati ke hati ,
Sampai sini bicara kami ,
Seloka ini sekadar menghiburkan hati ,
Harap hampa tak ligan lepas ni .

Akhir kata penutup bicara ,
Saya sayang korang semua ,
Kenangan kita jangan dilupa ,
Tetap bersama kemana sahaja .