rasanya tak terlambat lagi kot aku nak ucapkan tahniah buat adik-adik lepasan stpm, matrik, asasi mahupun diploma yang berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat degree. selamat menjalani kehidupan baru, mungkin sebelum ni ada yang macam aku, tak pernah duk jauh ngan family, haa.. masa ni laa nak berdikari. buktikan hampa boleh !
yang tak berjaya tu, aku doakan hampa berjaya untuk masa akan datang. aku pun pernah rasa apa yang hangpa rasa sekarang nih.
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”
[QS al-‘Ankabut, 29:2-3]
kalau kita fikir yang kita ini serba cukup, tidak memerlukan siapa-siapa, maka kita memang selayaknya hidup sendirian. tapi jika kita merasakan diri kita lemah, dan hanya mampu kuat apabila adanya pertolongan dari Allah, maka pasti, Allah akan sentiasa bersama kita.
Allah SWT akan bertindak sesuai dengan usaha kita.
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
[QS Ali ‘Imran, 3:139]
No comments:
Post a Comment