Wednesday, January 21, 2015

LEADERS TERATAK

Salam'alayk !

What is LEADERS TERATAK? ekceli, teratak tu nama tempat sebenaqnya. Leaders tu point utama yang aku nak cerita. Dah nama leaders kan, ofkos laa kepimpinan. Bila dah kait kepimpinan, mesti ada kem kan. Haa, meh aku habaq serba sedikit pengalaman sepanjang p kem ni. Seriously, tak penah pikiaq pun akan terjoin kem ni untuk sem ni. tetiba hari ada sorang mtm (Balqis) ni ajak jom join, so, on jelaa even ada kawan yang boleh buat teman tarik diri last minit. Tabah n kuatkan hati jugak kena p sorang-sorang sebab semua dah balik cuti sem. Ni laa kem paling lama aku p iaitu selama 6 hari. Aku kalau bab-bab kem ni memang excited sikit. haha. kat sini kami dipecahkan kepada beberapa group. Dengan kata sepakat, aku, syuib,syakir, dila, faezah and ima namakan group kami Charlie. Ada bee strike, tunity, leo, eagle eyes apa ntah, aku tak ingat. Bila dah ada group, maka wujudlah cheers masing-masing. And each group akan diberi barang amanah yang nak kena jaga. Ada bendera, ubat nyamuk, aluminium foil, fail, printed paper and tag.



Day 1.
Awai-awai lagi dah kena terapkan dalam diri 3 benda penting. Masa, hormat-menghormati, prihatin. Tula benda paling penting fasi terapkan untuk jadi pemimpin yang mantap. K, akan ku semat kuat-kuat. Hmm, sebelum aku nak cerita panjang lebaq, aku nak cakap pasal kotak hati. Dari kotak hati, akan lahir ibu atau ayah angkat tanpa diketahui diri sendiri oleh orang lain. Lepas habeh slot tu, ada pulak modul chaos roulette. apa benda nama pelik-pelik nih? haa, ni macam sukaneka aktiviti laa jugak bagi aku. hehehe. Main teka teki, bina jambatan, jadik pembaca berita yang ntah merepek ja banyak. Kalau diberi pilihan untuk hangpa tengok, seriously lawak. Malamnya slot bersama alumni. Time ni laa kami dapat grab pengalaman and tips-tips yang dikongsi akak-akak n abang yang dah tamat belajaq ni. Selesai ja sesi bersama alumni ni, mula laa tribal council yang buatkan aku gerun. Tribal council ni slot hukuman yang akan diberikan. Takot la jugak tengok muka Abg Amir, Loko, Abg Razi n mana-mana fasi yang serius. Kesian jugaklaa bila tengok wani yang terpaksa keluaq dari goup sendiri. 



Day 2.
Slot ISO. apa benda tu, ISA ka? Bukanlaa, tu macam.. fasi akan guide kita cemana nak buat surat rasmi untuk aktiviti, and then cara nak buat minit mesyuarat. alaah, part ni kompem aku agak boring la. tak suka benda-benda berkait dengan su ni. Tapi, nak tak nak kena hadap jugak kan. Modul lepas tu pulak orienteering. Gila tak penat, jelajah 1 u kot. Dengan nak jaga barang amanah ni lagi, aduhaiii. But, i know, leaders semua kuat even penat. Untuk modul malam tu, aku tak ingat apa tajuknya, tapi yang pasti berjalan dengan mata ditutup. Sampai check point, adalaa task memasing. Bila dah malam, tak sah kalau takdak tribal council. Group yang markah terendah semestinya kena naik pentas kan. Tak terkecuali jugak dua group lagi termasuk group aku. Macam nak lari ja dari benda nih. Haha. Dan keputusannya Adib masuk group aku. 



Day 3.
De last day kat kolej. Main game perang guna bungkusan ayaq. Semata-mata nak rebut bendera and black entiti. K, kat sini aku salahkan Karthik. Berani dia bomkan aku. Haha. Lastly group dia jugak menang. 3 bendera sekali dapat. tahniah Tunity!! Petangnya, kami diberi task untuk mengenali staf kolej. 



After that, ada patahnya sayap malam untuk malamnya. Aktiviti ni agak menguji kesabaran jugak. Bayangkanlah nak cari benda kecik cenonet tengah-tengah malam kat sekitar kolej bawah rak kasut, atas tanah, hujung sana sini, mak aiii! Dengan klu ntah apa-apa lagi. Nah bunyinya macamni..

  • kupandang depan, kanan dan kiri
  • dia senyum kita tidak senyum
  • bahagian depan yang menganjur
  • sudah buat tidak tahu bertanggungjawab
Aku puji sangat-sangatlaa sapa yang wujudkan permainan macam ni. Pengalaman best kot tidoq merata-rata nak siapkan benda ni sampai ke pagi, tapi tak dapat selesaikan jugak. =)


Day 4, 5, 6.
Dah berpenat berpatah sayap ayam, barulaa dapat tau hari ni kem bersambung kat Teratak Bernam Riverview. Satu ja yang mama pesan sebelum p kem lagi. Mama cakap kalau ada ayaq-ayaq sungai, jangan p. Tapi ada jugak kan, takpa mama, kak ngah pandai jaga diri. Hehehe. First time aku dapat main flying fox, abseiling, tubing, water confident and rentas halangan. Night walk dah macam aktiviti wajib bila dah masuk kem. Pengalaman yang tak boleh lupa masa tubing tu, dua kali pelampung terlepas, menangis sorang-sorang kat tengah sebab takot nak buat apa-apa. Taktau nak cakap ni manis or pahit, tapi kenangan tetap dalam ingatan. Malam terakhir adalah untuk merungkaikan segala yang tersirat. Kompemlaa pasal kotak hati kan, masing-masing tertanya-tanya sapalaa ayah mak anak angkat depa kan. Terlerailaa persoalan Mohan ayah angkat aku. Dah nampak dia ni laki sebab kedekutnyaa kertas dia. Maaf ayahanda.

-surat mohan-



  • Apa yang dapat aku simpulkan kat sini sepanjang 6 hari bersama, nilaa antara kem paling best aku lalui. Teringat pulak kejadian yang buat aku rasa malu sangat-sangat. Aku nak mintak maaf kat Loko, serius tak sengaja n tak perasan time tu. Macam mana laa boleh tak tengok kan. Hadoiii. Paling tersentuh bila tengok Loko menangis. Lelaki kalau nangis ni memang dah lain jadinya sebab susah bila nak tengok ayaq mata depa. Sejujurnya aku ni lemah sikit bila tengok orang menangis depan aku.. hati, mata memang tak boleh nak tahan, tumpah juga ayaq ni. Aku rasa sepanjang bersama tu dah macam keluarga yang sangat dekat. Semoga ukhuwah yang dibina ini akan terus berkekalan till jannah. Tali yang menyambung dari awai, moga terus terjalin. Orang kata tak kenal maka tak cinta, tapi aku tafsirkan, tak kenal maka tak sayang. Benarlah, sesuatu rasa itu, bila dihayati dan dihargai, sangat susah untuk dilepaskan kerana ianya lahir dari hati yang tulus. Terima kasih juga para fasi; Abg Razi, Loko, Abg Amir, Abg Fadzil, Abg Kerol, Ayyub, Abg Syafihq, Chin, Fieya, Kak Ros, Kak Aina, Kak Mimi, Dini, Maz, Abg Yumi, Kak Lilah n Kak Mizah yang tak jemu melayan kerenah kami. Terima kasih juga collegemate; Putra, Mohan, Syakir, Seng, Fong, Kanessh, Adib, Syuib, Wan, Sukriey, Mus, Karthik, Faezah, Jaja, Hanis, Syada, Mat Pong, Najmi, Husna, Ima, Alina, Kak Ikin, Syera, Fatin Farhana, Jiha, Nina, Bella, Esther, Wani, Jiha Rawi, Teha, Dila, Yani, Balqis, dan Fatin Syakirah. Mengenali hangpa semua adalah sesuatu yang sangat bernilai. 




Friday, August 22, 2014

JANGAN PERNAH PUTUS ASA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

rasanya tak terlambat lagi kot aku nak ucapkan tahniah buat adik-adik lepasan stpm, matrik, asasi mahupun diploma yang berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat degree. selamat menjalani kehidupan baru, mungkin sebelum ni ada yang macam aku, tak pernah duk jauh ngan family, haa.. masa ni laa nak berdikari. buktikan hampa boleh !

yang tak berjaya tu, aku doakan hampa berjaya untuk masa akan datang. aku pun pernah rasa apa yang hangpa rasa sekarang nih. #terobekceritadulu tekan ni aku tau, ramai yang dah mula putus asa, macam-macam dugaan yang mai satu persatu. tapi percayalah, Allah is the best planner! Dia tak bagi apa yang kita nak, sebab Dia tau apa yang terbaik untuk kita.  please, don't be give up! Allah nak uji hangpa, sebab nak tengok sejauh mana hangpa kuat dan boleh lalui semua ni.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”  
[QS al-‘Ankabut, 29:2-3] 

You are what you think.

kalau kita fikir yang kita ini serba cukup, tidak memerlukan siapa-siapa, maka kita memang selayaknya hidup sendirian. tapi jika kita merasakan diri kita lemah, dan hanya mampu kuat apabila adanya pertolongan dari Allah, maka pasti, Allah akan sentiasa bersama kita.

Allah SWT akan bertindak sesuai dengan usaha kita.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”  

[QS Ali ‘Imran, 3:139] 

hidup ini macam roda. kadang kita berada di atas, kadang kita berada di bawah. yang penting, jangan sesekali putus asa dan harapan walaupun tak dapat apa yang kita impikan. teruskan berusaha, jangan putus asa. terus pandang ke hadapan. yakin, Allah selalu bersama kita. kadang Dia bagi kita ujian untuk dekatkan diri kita dengan-Nya. biasalaa tu, bila tak dapat mana-mana, akan ada bunyi. pedulikan dengan apa yang orang kata. penat nanti, stop la depa. orang ni takkan pernah puas hati dengan apa yang depa nampak. biaq ja. kalai kita tak mampu nak mulakan daripada atas, mulakan daripada bawah. Hidup memang perlukan pengorbanan untuk berjaya. Good luck !

Friday, March 14, 2014

TIPS MENJADI "HIGH-CLASS WOMEN"

Assalamualaikum

Alhamdulillah, ini serba sedikit perkongsian ana untuk ukhti-ukhti sekalian..

1) Menjaga solat ( solat di awal waktu serta usahakan untuk berjemaah)
2) Mentadabbur al-Quran. Baca al-Quran serta cuba fahami intipati serta maknanya. Jadikan membaca serta memahami firman2 ALLAH dalam Al-Quran sebagai amalan harian.
3) Miliki hati yang lunak. Ia bermaksud, lembutkan hati untuk cenderung kepada kebaikan. Gunakan sifat semulajadi yang sensitif untuk perkara kebaikan. Contohnya, belas kasihan kepada orang miskin serta anak yatim.Sensitif kepada isu umat islam.
5) Redha akan apa yang telah ALLAH kurniakan. Puaskan hati dengan apa yang mengundang keredhaan ALLAH. Jangan merasa tidak cukup atau tidak berpuas hati dengan kekurangan fizikal yang ada. Sesungguhnya ALLAH menilai melalui hati dan amalan.
6) Baca serta ambil tauladan dari kisah sahabiah. Moga menjadi pembakar semangat menjadi wanita yang bernilai tinggi di sisi ALLAH dengan berjuang di jalanNYA.

7) Meletakkan agama sebagai kriteria utama dalam memilih bakal suami.
semoga dapat dijadikan panduan seharian. insya'Allah. ^_^