Friday, August 22, 2014

JANGAN PERNAH PUTUS ASA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

rasanya tak terlambat lagi kot aku nak ucapkan tahniah buat adik-adik lepasan stpm, matrik, asasi mahupun diploma yang berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat degree. selamat menjalani kehidupan baru, mungkin sebelum ni ada yang macam aku, tak pernah duk jauh ngan family, haa.. masa ni laa nak berdikari. buktikan hampa boleh !

yang tak berjaya tu, aku doakan hampa berjaya untuk masa akan datang. aku pun pernah rasa apa yang hangpa rasa sekarang nih. #terobekceritadulu tekan ni aku tau, ramai yang dah mula putus asa, macam-macam dugaan yang mai satu persatu. tapi percayalah, Allah is the best planner! Dia tak bagi apa yang kita nak, sebab Dia tau apa yang terbaik untuk kita.  please, don't be give up! Allah nak uji hangpa, sebab nak tengok sejauh mana hangpa kuat dan boleh lalui semua ni.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”  
[QS al-‘Ankabut, 29:2-3] 

You are what you think.

kalau kita fikir yang kita ini serba cukup, tidak memerlukan siapa-siapa, maka kita memang selayaknya hidup sendirian. tapi jika kita merasakan diri kita lemah, dan hanya mampu kuat apabila adanya pertolongan dari Allah, maka pasti, Allah akan sentiasa bersama kita.

Allah SWT akan bertindak sesuai dengan usaha kita.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”  

[QS Ali ‘Imran, 3:139] 

hidup ini macam roda. kadang kita berada di atas, kadang kita berada di bawah. yang penting, jangan sesekali putus asa dan harapan walaupun tak dapat apa yang kita impikan. teruskan berusaha, jangan putus asa. terus pandang ke hadapan. yakin, Allah selalu bersama kita. kadang Dia bagi kita ujian untuk dekatkan diri kita dengan-Nya. biasalaa tu, bila tak dapat mana-mana, akan ada bunyi. pedulikan dengan apa yang orang kata. penat nanti, stop la depa. orang ni takkan pernah puas hati dengan apa yang depa nampak. biaq ja. kalai kita tak mampu nak mulakan daripada atas, mulakan daripada bawah. Hidup memang perlukan pengorbanan untuk berjaya. Good luck !