Tuesday, October 29, 2013

KAU KAWAN, SAHABAT & TEMAN

Assalamualaikum..


*sebelum play tu , stop dulu lagu blog , nanti lagu bertindih pulak kan..

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan 
Detik yang indah bersamamu temanku

Huuuu....aaaaa.....

(ulang dari mula)

Kuasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

#persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian..
#seorang sahabat yang mendoakan kebaikan untuk sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya itu, maka para malaikat akan mendoakan kebaikan untuknya seperti mana ia memohon kebaikan untuk sahabatnya..

Thursday, October 10, 2013

HAKIKAT KEHIDUPAN

Assalamualaikum..
Salam Ukhuwah..


Kehidupan ini kadangkala sukar untuk dimengertikan
sesuatu yang kita fikir baik, namun hakikatnya ia tidak baik
sesuatu yang kita fikir tidak baik, namun hakikatnya ia amat baik 

Sedarlah , kesenangan tidak akan datang bergolek dengan sendirinya tanpa usaha. Tetapi yakinlah kesusahan yang datang pada hari ini akan memberikan kenikmatan dan kesenangan di kemudian hari.
Allah SWT telah berfirman :

Maka sesunguhnya selepas kesukaran itu kemudahan . Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
( al-Syarh: 5-6)

Agama Islam telah mewajibkan umatnya agar menuntut ilmu. Ini terbukti kerana ayat al-Quran pertama yang diturunkan adalah dengan lafaz ‘Iqra’ yang bermaksud ‘bacalah’.

Surah asy-Syarh ayat 1-8 boleh dijadikan amalan harian dengan membacanya setiap kali ingin belajar atau sewaktu kita menghadapi kesusahan dalam urusan yang dilakukan. Dengan izin Allah SWT, hati akan menjadi lapang, tenang dan urusan tersebut akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

bersabarlah wahai hati sekalian, don't be sad , don't be stress . aku tahu, ramai kawan aku yang cepat stress, but de most important, u must should know how to manage ur problem. makan secara berterusan bukan jalan penyelesaiannya. elakkan! . sekurang2nya, basahkan lidah dengan zikrullah.. insya'Allah, hati menjadi tenang..

Kesimpulannya setiap sesuatu itu pasti ada ujian dan cabaran tersendiri. Kuatkan tekad , kuatkan azam untuk melatih diri menjadi matang dalam melaksanakan usaha dan tindakan. Hasilnya kita akan mudah untuk melakar kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Ingatlah di sebalik kesenangan ada kesusahan.



Tuesday, October 8, 2013

SEPAGI BERSAMA MERENTAS KAMPUS

Assalamualaikum...

6 Oktober 2013

mengingkap kisah semalam, kami ada merentas kampus a.k.a cross-campus... memang semangat gilaa arr bab2 nak join nih . teringat balik zaman sekolah dulu . semangat jelaa yang lebih , nak menang tu memang taklaa sebab semua duk berlari ada , melenggang ada , sambil berangan . haha

yang pasti, kat sini sangatlah berbeza.. aku dapat jumpa geng baru especially budak kedah . haha. dapat berjalan, berjoging menikmati keindahan kampus hijau .. menikmati suasana pagi.. part paling takbestnya kena tempuhi jalan berbukit . terasa macam aku ni tgh mndaki gunung everest . hahah!

bermulaanyaa episod......

tengoklah betapa semangatnya budak2 laki , berebut-rebut nak lepaskan diri ^_^

kami warga k12. muka excited pagi2 . haha

penuh berwarna-warni

my bestie yang terover nak berlari

 


~ time ni sampai dah garisan penamat ~


             

jannah & kak wani | <3 k12

berakhirlahh sudah...

--> tahniah buat kolej 13 atas kemenangan tersebut .