Wednesday, November 7, 2012

STPM IS AROUND THE CORNER

Assalamualaikum and good evening ,, : )

setelah sekian lama tidak hapdate , baru hari ni tetiba rasa nak luahkan . haha , oke ! you know what ? STPM is around the corner . so , what should i do? ofcos study .. but now .. hmm.. tinggal 11 hari ja lagi . masa berlalu terlalu pantas tanpa dapat mira sambut . hehehe , alangkah bahagiaanya seandainya masa masih menunggu kan ?

tanggal 19 november 2012 adalah hari untuk mira dan kawan2x berperang hingga tamatnya pada 12 disember 2012 . pengajian am, sejarah , bm, nd ekonomi menunggu ja ,.. ohyeahhh ! semakin hampir derr . ilmu belum menguasai minda nihh . whatever  is please please pray for me yea ? cuak weyy, harap2x dapatlaa pointer 3 point something or tinggi2x mcm 3.5 nd above.. mudah-mudahan jika diizinkan Allah swt.. Amin..

and last but not least , good luck to my friends yg akn menduduki exm nd all STPM candidates 2012 . do the best k? : ) banyak2xkan berdoa semoga kita semua dipermudahkan untuk menjawab soalan2x nt dengan hati y tenang dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.. Insya'Allah..

# DUIT --> DOA , USAHA , ISTIQAMAH , TAWAKKAL #


Friday, August 3, 2012

RAMADHAN 14 : MENJAWAB SALAM

Assalamualaikum..

Pagi tadi myra ada tengok tv9 pasal rancangan "Pesan Atuk" . Tajuk yang dibincangkan Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz tentang Salam . Maybe ramai yang tak tahu cara jawab salam dengan betul or tidak ambil tahu salam mana yang tidak perlu dijawab . So , do not take for granted ok ? Mudah - mudahan kita dapat manfaat daripada ilmu yang diperoleh ini ..

Apabila seseorang mengucapkan salam kepada kita: 'Assalamualaikum', balaslah ia seperti: 'wa’alaikumussalam warahmatullah'
Jika seseorang mengucapkan: 'Assalamualaikum warahmatullah', balaslah ia dengan: 'wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh'
Akan tetapi jika kita didahului dengan: 'Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh', balasannya yang paling baik ialah: 'wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh'.
*hal ini kerana salam yang diberi mestilah dijawab dengan lebih baik

Ustaz Abu Hasan juga mengatakan terdapat salah faham yang perlu diperbetulkan dalam menjawab salam iaitu terdapat segelintir umat islam yang menambah perkataan 'Taala' dalam ucapan SALAM yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Seperti yang kita sedia maklum , salam wajib dijawab manakala memberi salam adalah sunat. Tetapi ada 4 keadaan yang salam tersebut tidak perlu dijawab.

1. Salam yang diberi oleh orang bukan beragama Islam.
2.Salam yang diberi kepada orang yang dalam solat berjemaah. Apabila Imam memberikan salam selepas tasyahud akhir, salam itu tidak perlu dijawab oleh makmum. Tetapi sekiranya dijawab, maka rosaklah solat makmum tersebut kerana salam tersebut ditujukan kepada makhluk yang lain.
3.Salam yang diberi selepas habis berucap. 
Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
'Barangsiapa yang mendahulukan ucapan, kemudian baru memberikan salam, maka salamnya tidak perlu dijawab'
Maksudnya bila seseorang itu berucap panjang berjela-jela seperti yang berusaha , yang dihormati.. then baru nak ucap salam , maka salam itu tidak perlu dijawab. Seriously , myra pun baru tau ketika ni tak perlu jawab . hehe :D
4.Yakin bila salam dipermainkan. Biasanya ketika lelaki yang nak mengorat perempuan . Dia akan cakap ' Assalamualaikum, tak jawab dosa'.. 

Salam dalam keadaan ni tidak perlulah dijawab .. sekian.. 
Rujukan daripada ustaz Abu Hasan..

Friday, July 20, 2012

RAMADHAN DATANG LAGI

Assalamualaikum ..

sekejap je kan , pejam celik pejam celik tinggal sehari je lagi bulan ramadhan akan tiba . syukur alhamdulillah , sampai ke hari ni myra diberi kesihatan yang sempurna untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ni . hope , dengan apa yang myra perolehi ni akan dapat menginsafkan diri agar sentiasa berbuat ke arah kebaikan especially pada bulan yang penuh kemuliaan ni ..

korang pun jomlahh ikut serta . hehehe . kita join tadarus ke , buat amalan sunat ke nd apa-apa jelaa . so , takda laa yang buat benda tak pekdah masa ni kan kan? ustaz pun cakap bulan ramadhan orang akan cakap ihya' ramadhan . ihya' means menghidupkan .. so , jom rebutlaa peluang dalam bulan yang penuh barakah ni disamping kita dapat menghidupkan kembali bulan ramadhan . act , myra tau masih ramai lagi yang belum tau pasal ganjaran yang akan kita perolehi . okeis ! myra tempek kat bawah yea . rebut peluang tau tau ! hanya sekali dalam setahun . belum tentu tahun depan kita dapat menikmatinya atau tidak ...



so , sekali lagi myra nak ingatkan korang yang takda uzur tu jangan sekali-kali tinggai posa yea? nd jangan lupa pulak untuk niat posa . salam ramadhan buat semua pembaca muslimin dan muslimat ^__ ^

Monday, July 16, 2012

JAYA WARIS : D

Assalamualaikum ...

hello peeps ! bajet macam ada sangat laa orang nak baca belog nihhaa . hehex . ehh , lama sangat kan myra tak hupdate rumah bersawang nih . macam - macam benda sebenaqnya yang myra nak cita , tapi macam masa nak kejar je nihh . hehe ..

haa, pagi tadi kat skola myra ada program jaya waris juz untuk student - student yang nak amik exam tahun ni . so , sebab muka ni ada ala-ala budak exam , parents pun kena mai jugak laahh . hehe . pagi tuu ada laa dengaq motivasi . insaf laa jugak .. sebab pikiaq2x trial nak DEKATTT ! takot  pun adaa . yea laa , sebab buku tak habes khatam lagi oiii ! >,<

nd last , tiba jugak parents jumpa cikgu kelas . mak oii ! *madam , jangan citer macam2 lahh ea. hehehe . ayat bodek ke apa ni? ahh , pedulikan ~ las2 , bole tarik nafas dahh siap senyum sambil gelak-gelak lagi . hahaha . ni sebab madam cakap ayat first 'saya rajin' . kehkehkeh . silaa muntah sekarang . ==' takpa , terima dengan hati terbuka :) madam takda komen sangat , dia ju cakap kena join lagi group discussion . yea laa , kadang myra ni ada diam jugak kat skola . rasa nak hingaq ikut suka ja . haha . lepaih tengok result rasa macam nak pushh lagi . korang tolong bantu ehh ? jawab paper trial skali . hehe . harap dapat masuk u laah lepas nih . kawan-kawan doakan myra yea bagi dapat jawab exam nd masuk u .. : ) ehh , nak tengok result?


see see . ada penurunan sikit , myra nak improve lagi sebab ada lagi yang agak-agak belum puaihh hati . besaa laa , budak tak bopaa nak pandai jadi laguu nihh laa~ hope boleyy XD.. ouke ! terpaksa out dulu . ada masa jumpa lagi ~

Saturday, June 9, 2012

PENGALAMAN BARU : KERJA PART 2

Assalamualaikum wbt.
selamat malam even waktu dah menginjak pagi ; )

--> sambungan dari ENTRI INI

bagi yang terlepas korang boleh back to entry di atas. hehe , actually entry ni pun takde laa sehebat mana . tapi mira tetap jugak nanak cita. korang tak suka? abaikan semua ni . :D

setelah berhempas pulas mengerah tenaga , akhirnya mira mengambil alih kembali pekerjaan untuk menanam anggur selama dua hari . keh3 . jawatan sudah terlerai genap selama enam hari bekerja . weird kan ? alaaa,  jadilaa cetuu kan . hari khamis rituu mira dah habis melunaskan tanggungjawab yang still belum tetap ni haa. 

sememangnya , mira rinduu sangat dengan semua geng-2 yang turut serta ni . lepas ni harap harap dapatlaa jumpa korang lagi . yelaa , separuh di kawasan sekitar , separuh kawasan alor setar . entah bila dapat jumpa lagi. korang semua dah laa sporting habes . tengok face to face pun kadang lawak pun ada tau ! ada muka serius tak bole blah lagi . boleh pecah perut pun ada . seronok keja , masing-2 rajin . dari situu pun dah nampak attitude korang semua . tak penah berkira . XD haaa! korang ingat lagi dakk ayat ni " lepas makan p pi , lepas makan p pi " ? haha, bila ingat balik serius lawak . teringat cik syimah dah change sampai jadi " lepas makan lap meja , lepas makan basuh pinggang " adoii ,, rinduu nak gelak lagi . pinggang tuu sebabnya dekat besen tertulis pinggang BUKAN pinggan . haha, biasalaa typo .. lepas ni ada lagi ke ayat tuu? heheh

mira nak cakap mira nak jumpaaa ampa semua lagi . nak buat keja sama sama , nak berebut gelas , pinggan , melawak sama sama , gelak lagi . jalan jalan , tido sambil rehat rehat . ; ) seyes ! rinduuuuuuu nehh . ampa rinduu takk? oke , fine . takde sape nak rindu2x ngan saya . sabar , reda jelaa :) kita nii hanyalah insan biasa . huhuhu *kasi touching sikit :p

alhamdulillah , even tak dapat jumpa la ni , hope ada laa rezeki nak jumpa coming soon ~ tak sangka ada jugak orang alor setar yang duk dekat-2 ngan kampung mira . tunggu ek , nanti mira balik kampung mira datang tau . erkk , jap ! jangan lupa pasang red carpet .. nak makanan sedap-2 tau . hehehek . just kidding . smile :))

semoga ukhuwah yang dibina akan tetap utuh :) sama samalah kita berdoa dan menghargainya...


and last but not least , jom mira bagi korang dessert yang sedap-2 . hehehe . 




geng-2 lori . tapi ada lagi yang belum dapat gelaran tu . hehe

my sweety sister

berganding bahu menempuh dugaan & cabaran . haha , apa apa jelaa

half staff part time employees


have done . thanks for reading this entry . hope enjoy it . take care , assalamualaikum.. 

Tuesday, June 5, 2012

PENGALAMAN BARU : KERJA PART 1

Assalamualaikum ..

yo ! lama tak hapdate benda alah ni kan .. hehe , so, malam ni rajin pulak jari jemari ni nak menari atas keyboard . biar je laa ek , jangan komplen lebih2x . hah hah ? korang taknak dengaq yea? fine , tak setuju boleh je out2x cepat . keh3 ,. kejam kan ayat . terasa ? ( ( : 

pehal laa kan dengan aku ni , cool cool mira. >_< malam ni rajin pulak mira online . nie semua sebab nak hilangkan penat sebab seharian bekerja . mira dah start keja 4 hari punn . las keja khamis ni . hehe . mesti pelik kan dengar ? 6 hari ja . tak nak lama lama . yelah , sekolah nak nak bukak , mana bley on lama lama . hehehe . mira keja part time jelaa . serve makanan kat uitm merbok . diorang kan masuk untuk diploma . mira juz buat hanya 6 hari yang oreintasi tuu jek . lepas ni apa lagi.. ciao laa : ) hehe.. 

bes laa jugak . dapat member baru . hehe . keja kilang dah penah . macam la ni punn dah . nanti nak beralih arah pulak . takkan nak benda yang sama jaa. mesti boring gila kan . hehe . oke , nanti ada gambar mira cita lagi okeh ! takda sory laa derr , haha . see u again ^_^

Thursday, May 31, 2012

GATH MENGEJUT ~ :D

Assalamualaikum

hye hye ! come back ~ yeeehaaaaa! setelah hampir sebulan tak dapat guna tenet , akhirnya myra dapat guna balik. nak setat balik buat nota macam ni bulehh dak? hahaha.  myra nak cita yang hari ni myra pegi nuri kat umah lama dulu , diundang khas oleh jiran myra tuu . cewahhh ! khas ke? biaq la, khas ke ketas ke peduli hape kan? *sengaja mengundang kemarahan :p oke oke . sambung balik , lepas balik nuri mak pun singgah laa kat TM , nak bayar bil . dah habis bayar nak keluar laa. then terperasan kawan lama yang dah bertahun tak jumpa , mula myra tengok senyum jelaa masing2x. main pandang lagi , wahahaha . macam kenai plak tuhh , alang-alang tegur jelaa . sah sah memang betul laa apa yang myra cakap , tak salah lagiiiiiii :) tak sangka sangat dapat jumpa suaida . bertahun tak jumpa lepas abih sekola rendah .. happy tak terkata apa laa kan. sebelum ni myra dengan dia penah planing nak buat reunion . yelaa, matrik , uitm, poli n lain2x pun cuti , elok sangatlaa kan? las las tak jadik . dia terlibat dengan uda & dara . terpaksa laa batalkan . tak sangka jadik juga reunion merapu secara mengejut dengan sue. hihihih . dalam TM plak tuu, haha
harap lepas ni bley laa kami planning lain , bley jumpa ramai lagi : )

Thursday, May 17, 2012

CATATAN MERAPU

sesungguhnya hati ini rindu sangat nak berblogging . haha
tunggu nak berkeledak berterabur semua baru lepas rindu ni kot
ahaaa! ye dakk
tak sabaq nak kembali sini lagi.
 wait me yeah!

tataaa , assalamualaikum..........

Saturday, May 5, 2012

MEMAKSA MATA UNTUK TIDUR (~ _^)

Assalamualaikum wbt..

kadang myra menyepikan diri, kadang timbul jugak kan . haha , tengok jam pukul berapa sekarang? mak aiii , dah 1.57 pagi punng . buat hapee lahh kan tak tidoo lg neh . myra nak cakap myra tak ngantok lagi kot . tulaa kan , apa nak jadi anak dara sekarang ni . tido lewat mengalahkan orang yang pi keja kilang . tayah tidoq . haha . nak buat cena , nak cakap mood suh myra update blog segala bagai kan kan ? macam ni laah jawabnya. hehek

aduhaii , di saat tengah rajin , mata ni nak jugak cakap p tidoq . macam ni macam ni; hoi , pegi tidoq  mata , p laa tidoq lekaih , aku nak berehat nihaa . haha , ADA KE MACAM TU ? oke , abaikan fakta tunggang terbalik tuu . hehek , tu sebab myra update untuk terus tidur depan ntbuk nehh , setaii dak ?? haha .. jom , myra nak tidoq dulu yeah ! esok esok kita sambung2x lagi . peace !! : )

Thursday, May 3, 2012

~ CARA MEMAKAI CINCIN DAN MEMOTONG KUKU DALAM ISLAM ~ ^_^

“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
* jari manis
* jari kelingking (anak jari)

dan janganlah memakai pada jari
* jari tengah
* jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi a.k.a khinzir!! Jika kesemua jari kita simpan kuku yang panjang.. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemuanya... 


Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.


Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.


Untuk yang belum berkahwin dinasihatkan kalau nak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.. -.-'
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Monday, April 30, 2012

KETAWA ~ ~

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kitatentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barang siapa tertawa-tawanescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barang siapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

dan ingatlah , di saat kita ketawa .. masih ramai lagi yang bersedihan ..

Sunday, April 29, 2012

Aktiviti 12 Geng fiQ'Ra

Assalamualaikum~

setelah menyepi , akhirnya Geng fiQ'Ra muncul kembali dengan aktivitinya berkalanya
hehe , lama kan GF diam , n now , semangat mula terkinja-kinja nak join !
tudiaa ayat! macam hape lagi . hehe , excited tapi lambat join sebab busy dengan sekolah~

jom teruskan lagi . :D
kak mas cakap, dia tanya mira jawab . 
oke , bersedia . 1 , 2 , 3 ~ ~

1) 7 orang yang paling awak sayang, siapa dan beritahu nama :)
a) Nabi Muhammad SAW .. kerana Nabi adalah contoh terbaik di dalam kehidupan seseorang muslim ..
b) satu satunya mama yang mira ada , Salmah binti Abdul Manah
c) abah tersayang , Abd Rahim bin Mat Ali
d) mira sayang jugak adik beradik termasuk mira sendiri : bang long - Mohd Aizzul Azreen , mira - Nurul Amira Akmalina * perlu jugak ke sebut nama sendiri nih? hehekmidat - Nurul Asmidar , ashraf - Muhamad Amirul Ashraf ,  dik aiman - Muhammad Akmal Aiman , dik wani - Nurul Amylia Azwani
e) cikgu cikgu top ! hehek ;) - cikgu Salmah Othman , cikgu Haliza Saad , cikgu Rohyah , cikgu Harison Kechik , cikgu Hafiza .. ekceli , ada lagi , tapi cukuplaa sini je . yang pasti , mira syg sgt dorg .
f) bestie forever - anis , muna , azila , zahirah , wani , fateen 
g) tak lupa GF yang selama ni buatkan hati ini jadik hepi sebab dapat family baru - thanks kak mas n abang afiq atas penubuhan GF ~
mira nak cakap mira sayang sangat dengan semua orang <3<3

2) 3 negara, ( bukan negeri ) yang awak idam idamkan untuk ke sana, negara apa :)
a) Makkah
b) Madinah
nak sangat pegi situu , kat Makkah tu mira nak tengok kaabah depan mata , nak cium Hajar Aswad , insya'Allah
c) Jepun - nak sangat lawat Taman Tema Hello Kitty , hehe

3) apa prinsip hidup awak.. beritahu 1 je prinsip :)
~ GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA GAGAL UNTUK SELAMA-LAMANYA ~


done ~ selamat membaca semua ^_^

Saturday, March 31, 2012

HEPI BESDAY KAK MAS ~

Assalamualaikum semua :)

jatuh pada tanggal 31 mac , penghujung bulan mac mencipta satu tarikh istimewa
hehe , yang pasti ituuu adalah besday kak mas ku sayang

sory akak , myra curik pic akak ni , jumpa dalam blog akak
akak marah tak ? hmmm...

so , kat sini myra nak wish HEPI BESDAY untuk akak !!!!
even da wish kat kak mas , tapi myra nak jugak buat entry untuk kak mas .  

nah untuk akak , tengok bawah yea ?

sory akak .. sebab tak cantik >,<

I juz wanna wish that u'll always happy and success in your life
semoga kehidupan akak dirahmati Allah SWT
dipanjangkan umur
dan dimurahkan rezeki

myra sayang sangat dengan akak
thanks for being my good sister ..
thanks for everything ~~


Wednesday, March 28, 2012

SEMINAR ~ SEMINAR ~

Assalamualaikum .

hye readers .. peace !
apa habaq semua?? hehek #mulacakapkedah

yeah! myra nak share ke manakah myra pegi 2 3 hari lepas . aik? aik? ke mana pulak ek? terjun longkang? parit? huahuahua . ekceli , takdelaa pegi merapu merapat sampai nak terjun parit berguling-guling bagai tuhaa . hahaha . silajanganpercayakemerepekandisini. XD back to de title , myra pegi SEMINAR KEMAHIRAN BELAJAR DAN KERJAYA GEMILANG kat KISMEC.. dijalankan menggunakan kaki pada 24 Mac 2012 sampai ke tangan pada 25 Mac 2012 . hehe , dua hari jep . kalo bolee nak seminggu takpe dakk? semangat tengah mai nihaa . so , nak cakap kat Bank Rakyat yang buat seminar ni , nanti buat lagi tauu ! :D

ehh? nak tau dak? yang besnya seminar ni bukan skola myra je tau . tersangkut-paut bertali arus dengan sekola lain jugak . tu laa yang bes sangat tuhh . haha , lajuuu je nak join kalo melibatkan student-student lain :)
sekola yang join lagi adalah SMK IBRAHIM , SMK SUNGAI LIMAU , SMK KOTA KUALA MUDA , SMK KHIR JOHARI , SMK SUNGAI PASIR , SMK TUNKU ISMAIL , SMK CHE TOM , SMK YAN & SMK BANDAR SUNGAI PETANI .. banyak kan kan? tambah tolak darab bahagi lebih kurang 175 kot ! hehek. :) 
myra lagi bes sebab dapat jumpa member skola rendah dengan membe kem . yahuuu . hepi sangat kot sebab lama tak jumpaa . lepas rinduuu beb ! " fatin , ain , pkah , min , wawa , ct , nabil , zul , pdot , bob .. aku nak jumpa hampa semuaaaaaa lagi . jom pakat jumpa jom . ^_^ " oke! bab kawan stop kat sini dulu . kangg ada aku nak share terlepas bertaburan ... 

sepanjang dua hari (abaikan sepanjang sebab dua hari adalah pendek sangat! ) tuu masa kami tersangatlaa full dengan info yang bermakna . semuaanya ada 4 sesi . program tuu diambil alih ke tempat lain oleh Cikgu Zul &    
Cikgu Fiza yang teramatlah sporting buat kami lawak tergolek-golek jatuh kerusi . hahaha . betul tak? ampa semua terhibur kan kan? : ) cikgu ada ajar cara aplikasi angka dan nombor , cara mengingat , kira hari dalam kalendar +++ macam-macam lagi .. hehe , ehh , cukup-cukup laa sampai kat sini dulu ...
tak larat nak merapu segala bagai lagi -,-"

teruskan dengan posing sebagai kenangan untuk lipat simpan dalam buku . hahaha , oppps! ada pulak simpan dekat situu kan . hmm, what everlaa, asalkan jadi kenangan yang kami pegi kat situu . 

bersama kakak ainul yang comel ( anak murid cikgu Fiza )

salah satunya wakil dari merbok


muka budak laki yang turut serta


last position , sory.. pic myra takda yea . tak sempat nak berlari posing cenggituu XD

yippi , yippi!! semua sudaa selesai . nantikan entry lain pulaa :)
==> sory , sebab curik gambar untuk entry ni syikin ,hehe .. tak marah kan ? k..

Assalamualaikum....
take care uolss .. ^_^

Friday, March 16, 2012

HOLIDAYYY ~ STUDY ?

Assalamualaikum

korang pegi mana cuti sekolah ni? baru ni myra pegi melaka dan nilai . tu plan yang memang ta dirancang . tup tup pegi jugak around 12 malam, haha 
hari tuu sehari sebelum Geng fiQ'Ra buat gathering . ehh , tak perlu cite lagi GF tuu apa
korang daa tahu kan :)
merata jalan , sampai bole tersesat bila ada kat melaka tuu
nak cari jalan nak p nilai 
pusing 3 kali ta keluar-keluar jugak . hehek
masa hari gath tuu pulak myra dah ada kat melaka , nak ajak laa jugak pegi midvalley ,
tapi takot ta sempat . sebab kami ta pena pegi lagi . tatau jalan laa pulak kan .

jom , taknak cita panjang-panjang . nak bagi pencuci mulut pulakk sepanjang di melaka .
nilai tak diambil ponn. heee~




dalam Muzium Samudera


 rumah melaka




Telaga Hang Tuah

tu jer . hehe 
ehh , tau takk myra best sangat rini .
sebab dapat drive keta sendiri dari Alor Setar sampai Sungai Petani
kalo tak bawa kat umah ja punn
ni semua emergency sebab ada sedara meninggal
lesen mama dah mati , masa p jaa mama bawak
tu punn ada jpj . tukaq orang laa jawabnya
time balik turn myra . hehe , first tyme tu , dah laa tak penah guna auto , biasanya bawa manual
Alhamdulillah , sampai jugak rumah .


mood : penat , mengantokk =,=
study taa lagi . hehe

10 Soalan 10 Jawapan

Assalamualaikum..
yeay , akhirnya aktiviti untuk ahli Geng fiQ'Ra ada lagi , myra baru sempat nak join 
hehe , kak mas sediakan 10 soalan untuk dijawab
jom reramai join . jangan bagi alasan yang tidak munasabah ye
ok , excited nak jawab dah :)

 

1) Dimana awak tahu kewujudan Geng fiQ'Ra?
myra tau pasal Geng fiQ'Ra ni sebab dulu myra selalu jalan-jalan kat blog kawan myra , pastu terjumpa blogger card dia . terus ingat nak join sebab macam bes je group tuu . hehe
tapi kawan myra tuu tak pena aktif pun dalam Geng fiQ'Ra . 

2) Apa tujuan awak join Geng fiQ'Ra?
tujuan myra join sebab myra nak rapatkan ukhuwah lagi sesama blogger . selama myra join group blogger lain tak penah ada yang tegur , tapi bila masuk dalam Geng fiQ'Ra , memang myra dapat rasa keistimewaan dalam Geng fiQ'Ra . ahli-ahli yang peramah memang ta dapat dinafikan . mula-mula masuk dulu myra baru lagi dalam dunia blog , sebab tuu laa myra join nak cari kawan lagi ramai :)

3) Apa nama sebenar awak? (jangan la tipu2. elok2 mak ayah bagi nama kan?)
Nurul Amira Akmalina Binti Abd Rahim . nama betul tu , memang ta tipu . unik kan mama myra pilih ? hehe
  
4) Berapa umur awak tahun 2012 ni? (jujur je. buat apa nak malu)
bulan 8 ni genap 19 tahun

5) Apakah cita2 awak selama awak hidup?
myra nak sangat jadi cikgu . nak berbakti pada semua . tapi tengok macam daa tak sesuai pulak sebab myra masuk form 6 . tatau nak pilih .. tapi apa-apa pun myra nak apply jugak maktab . tak pun abis stpm nak aplly upsi ke , usm . hehe , minat mendalam nak jadi guru math, pegawai bank . :) myra juga nak berjaya dalam apa jua bidang yang myra ceburi dunia dan akhirat ...

6) Andai awak di fitnah sampai di heret ke penjara + hukum gantung, apa tindakan yg awak akan buat?
selagi ada peluang myra akan tetap tegakkan kebenaran sebab myra tau yang myra tak bersalah , tapi jika yang tu adalah takdir untuk myra , myra hanya redha dan mampu berserah kepada-Nya sebab Dia Maha Mengetahui dan tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya .. mungkin tiada jalan untuk myra buktikan di dunia . di akhirat tetap takkan terlepas jua ..

7) Awak percaya tak rakan di alam maya?
depends on condition jugak . hehe . sebab ada jugak yang myra boleh percaya dan ada jugak yang ta bole . kena juga hati-hati sebab kita ni manusia yang mudah sangat terpedaya .. tapi yang myra dah kenal dalam Geng fiQ'Ra takda masalah lagi . semua oke je . peace! 

8) Awak suka cabaran tak? kalau ya, contoh cabarannya?
nak laju je jawab . haha , myra suka sangat . kalo bole nak je buat aktiviti daki bukit , rock climbing n segala macam aktiviti lasak . dulu penah dah jalan kaki nek gunung jerai , bukit etc.. :D

9) Awak makan sehari berapa kali?
selalu 3 kali ja . pagi , tengah hari , malam . tapi kalo lapar makan jugak yang ringan-ringan tu . hehe

10) Andai kata, ajal awak sudah makin hampir, 5 perkara yang awak akan buat sebelum awak meninggal dunia?
5 perkara yang akan myra buat ialah
- nak banyakkan beribadat kepada Allah swt dan memohon ampun kepada-Nya
- nak minta maaf kat semua orang yang myra kenal atau tak , sebab myra tau yang myra banyak buat salah yang kadang-kadang tuu tanpa sedar .
- nak bahagiakan mama dan abah , family . dan bawak mama abah pegi umrah
- nak jugak pegi mekah buat umrah n nak lawat semua tempat2 di mekah dan madinah
- las sekali myra nak langsaikan hutang yang ada..

oke , berakhir sudah ~ ^_^

Friday, March 9, 2012

WAHAI WANITA ..


Seorang gadis comel sedang mengambil gambar dalam handphone .. 'Klik !' 'Klik!' dengan berbagai aksi comel .. dia ambil lagi gambarnya .. posing dengan penuh kemanjaan dan cute~~ 'Klik !' 'Klik !' tiba2, dalam fikirannya

" nak upload dalam fb lah.."

untuk memberi harapan orang akan memujinya .. dan akhirnya .. upload sudahlah gambar2nya didalam fb .. satu persatu tekan 'like'.. satu persatu .. memberikan komen yang boleh membanggakan dirinya..'comel la u ni..' wau.. u cute..' pandai nya u posing..'
...
Tidak sedarkah anda ? Anda tidak menutup aurat , sudah berdosa.. orang tengok gambar anda tidak menutup aurat dalam facebook , orang itu dapat dosa..anda dapat dosa lagi.. orang yang tekan 'like' dapat dosa ..anda berdosa lagi.. orang yang memuji anda dapat dosa.. dosa anda bertambah lagi.. lagi dan lagi .. selama mana ia ada dalam internet , selama itulah dosa anda berlipat kali ganda. !

Berubahlah wahai wanita.. marilah kita sama-sama bertaubat pada ALLAH .. mohon ampun
sebelum terlambat.

Wanita yang comel =
Wanita yang menutup aurat dengan sempurna.

Wanita yang sweet =
Wanita yang banyak diam dengan lelaki ajnabi.

Wanita yang romantik =
Wanita yang mengharapkan cinta dari Allah.

Wanita yang charming =
Wanita yang sering mengingatkan lelaki tentang cinta Allah.
Ya Allah...peliharalah hamba-hambaMu ini...dari bisikan yang penuh dusta dan nafsu yang tidak prnah puas...sesungguhnya..Engkau Tuhan yang penuh dgn rahmat...


via:AkuIslam
Silalah share di wall anda :)

Tuesday, March 6, 2012

HADIS MENGENAI UBAN

Uban adalah Cahaya Bagi Seorang Mukmin.

Al Baihaqi membawakan sebuah fasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadits dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة “Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (HR Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadits ini hasan).

Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah (yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban) dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadits yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.”

Lalu Ibnu Hibban membawakan hadits berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة  “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)


Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لَا تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ إِلَّا كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ  “Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (HR. Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahwa hadits ini shahih)


Dari Fudholah bin ‘Ubaid, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَتْ نُورًا لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالَ رَجُلٌ عِنْدَ ذَلِكَ فَإِنَّ رِجَالًا يَنْتِفُونَ الشَّيْبَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَاءَ فَلْيَنْتِفْ نُورَهُ “Barangsiapa memiliki uban di jalan Allah walaupun hanya sehelai, maka uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat.” Kemudian ada seseorang yang berkata ketika disebutkan hal ini: “Orang-orang pada mencabut ubannya.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, “Siapa saja yang ingin, silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat).” (HR. Al Bazzar, At Thabrani dalam Al Kabir dan Al Awsath dari riwayat Ibnu Luhai’ah, namun perawi lainnya tsiqoh (terpercaya). Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targib wa At Tarhib mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Siapa saja yang ingin, maka silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat)”; tidak menunjukkan bolehnya mencabut uban, namun bermakna ancaman. Rambut uban mana yang dilarang dicabut? Larangan mencabut uban mencakupi uban yang berada di kumis, janggut, alis, dan kepala. (Al Jami’ Li Ahkami Ash Shalat, Muhammad ‘Abdul Lathif ‘Uwaidah, 1/218, Asy Syamilah)

Apakah hukum mencabut uban haram atau makruh? Para ulama Malikiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah berpendapat bahwa mencabut uban adalah makruh. Abu Dzakaria Yahya bin Syarf An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Mencabut ubat dimakruhkan berdasarkan hadits dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya.

Para ulama Syafi’iyah mengatakan bahwa mencabut uban adalah makruh dan hal ini ditegaskan oleh Al Ghazali sebagaimana penjelasan yang telah dinyatakan. Al Baghowi dan selainnya mengatakan bahawa seandainya mahu dikatakan haram kerana adanya larangan tegas mengenai hal ini, maka ini juga benar dan tidak mustahil. Dan tidak ada bezanya antara mencabut uban yang ada di janggut dan kepala (iaitu sama-sama terlarang). (Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, 1/292-293, Mawqi’ Ya’sub)

Namun jika uban tersebut terdapat di janggut atau pada rambut yang tumbuh di wajah, maka hukumnya jelas haram karena perbuatan tersebut termasuk An Namsh yang dilaknat. Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لعن الله الربا و آكله و موكله و كاتبه و شاهده و هم يعلمون و الواصلة و المستوصلة و الواشمة و المستوشمة و النامصة و المتنمصة “Allah melaknat riba, pemakan riba, orang yang menyerahkannya (nasabah), orang yang mencatatnya dan yang menjadi saksi dalam keadaan mereka mengetahui (bahawa itu riba).

Allah juga melaknat orang yang menyambung rambut dan yang meminta disambungkan rambut, orang yang membuat tato dan yang meminta ditato, begitu pula orang yang mencabut rambut pada wajah dan yang meminta dicabut.” (Diriwayatkan dalam Musnad Ar Robi’ bin Habib. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahawa hadits ini shahih)

Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin rahimahullah mengatakan, “Adapun mencabut uban dari janggut atau uban dari rambut yang tumbuh di wajah, maka perbuatan seperti ini diharamkan kerana termasuk an namsh. An namsh adalah mencabut rambut yang tumbuh di wajah dan jenggot. Padahal terdapat hadits yang menjelaskan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat orang yang melakukan An Namsh.” (Majmu’ Fatawa wa Rosa’il Ibnu ‘Utsaimin, 11/80, Asy Syamilah)

Kesimpulannya hukum mencabut uban dapat dikatakan haram kerana ada dalil tegas mengenai hal ini, sedangkan majoriti ulama mengatakan hukumnya adalah makruh. Namun sebagai seorang muslim yang ingin selalu mengikuti petunjuk Nabinya shallallahu ‘alaihi wa sallam dan agar tidak kehilangan cahaya di hari kiamat kelak, maka seharusnya seorang muslim membiarkan ubannya (tidak perlu dicabut).

Dengan inilah dia akan mendapat tiga keutamaan:
[1] Allah akan mencatatnya kebaikan,
[2] dan menghapuskan kesalahan serta
[3] akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.
Namun, jika uban tersebut berada pada janggut atau rambut yang tumbuh di wajah, maka ini jelas haramnya.

Wallahu a’lam.

sumber rujukan dari  SINI

Friday, February 24, 2012

BABY COMEL


pagi tadi myra pegi baca yasin dekat ngan umah myra . makcik tu buat doa selamat untuk cucu baru dia dan untuk kaklong yang nak exam lagi 2 minggu. dah habis makan tuu dia bawak keluar cucu dia .baru 14 hari. comel sangat.
nak tengok? jap ea.. haa niii.

comel kan . hehe
suka sangat dapat pegang baby . yaho0oo . :DD

ehem ehem , nak tunjuk benda cute ni jugak, >_<

Wednesday, February 15, 2012

KELEBIHAN SURAH YAASIN..

Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. 
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. 
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. 
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba 
Tiupan 11 - Hancur 
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x . 
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. 
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. 
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat 

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah: 
Buah Zaiton - Elok untuk kulit 
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga) 
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab 
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak. 

Seelok-eloknya dibaca : 
1. Selepas sembahyang subuh 
2. 3 Jumaat berturut-turut 
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x 
4. Ayat 38 - 12x 
5. Ayat 58 - 7x 
6. Ayat 82 - 14x 
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x. 
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah. 
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul. 
Wallahualam