Sunday, June 26, 2011

SENYUM ITU SEDEKAH :-)


Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

di saat kita kesedihan adakah kita mampu t'senyum?
di saat air mata mengalir adakah kita mampu t'senyum?
di saat kita dalam 'mood' xbaik adakah kita mampu t'senyum?

jika seperit mana pn esok,senyumlah
kerana senyum itu penawar kepahitan....

senyum itu tanda kekuatan
senyum itu tanda keikhlasan
senyum itu tanda kemesraan
senyum itu untuk smua makhluk Tuhan

senyumlah selagi kta boleh tersenyum
susahkah untuk kita mengukir sbuah snyuman??
senyum itu sedekah
senyumlah.. kerana dengan senyuman kta akn merasa bahagia


Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR Muslim).

Friday, June 24, 2011

CAYUNK ABAH.. :-D

eh?
dlm 2 3 hari ny ada hari2 yg cpecial ann
ad kaitn ke ngn title tuhh
haha.. bru kepikiran kot ak ny
lpa nk cretkn sai hari bapa lark
xkn laa ada hari ibu jex
eheh..
xbez laa cmtuhh kn??

 pe2 pn cmat ae bapa untuk abahku tcyang
n suma owg kt luar cne yg bgelar bapa
jdik ayah yg tbaek okeh!


ckup tat cnie aje.. ^-^
~assalamualaikum~ 


Friday, June 17, 2011

LIFE.. ^-^

assalamualaikum.. :)
*mulakan salam sbelum b'bicara
haha

oke!
meh dengar apa ak nk ckp..
actually ak juz nk gtaw sai life ak d pom chix
ngeeeee~
aku hepi sgt dpt kwn yg agk gila2 cm ak gk
gurl suma sporting abes dehh!
tp stu jew yg aku xpuas ati
clas ak ckit cgt ngt bdak2 laki
ada pn 3 org je
tp suma mcm ap g
da laa diam kot!
bek tayah ada bdak2 laki
bg gurl ja dk cluz tuhh
haha

sai plajaran lak ak rsa stpm nyh cgt mncabar dri spm
yelaa.. bnda ny xdpat dnafikan lg
suma 2 b'gntung laa pd student2 kn..
yg pndy gler2 mcti anggp suma t0o cenang jew
tp ak arap sgt pmikiran ak ny akn positf clalu
haha

bm?? sjrah?? eko?? pa?? muet??
haaa..
tgk larh sbjek2 yg aku amek nyh
nmpk mcm ckit je ann?
tp xsuma akn jd mudah
dlm sbjek2 tuhh byk tw pper dy
bg ak yg plg ak tkut muet n eko
muet 2 da laa bi
ak bub2 bi nyh lmah laa
cna laa nk improve bi ak niey..
adoiii~
pleassss,, help me!

apa2 pn ak akn try to0 make de bes!
mgkin ak kna strugle lbey lg dripada spm
stpm xsmdah utk dlihat
kta yg perlu mgubah ssuatu jdik lbey bek
hope my dream can be reality
ahaks!

okeh!
that's all~ ;)
c mee 4 de nex entry

tataa..
assalamualaikum w.b.t.

Wednesday, June 15, 2011

BALASAN MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT



Pada suatu ketika, ada tiga orang sedang dalam perjalanan, tiba-tiba mereka ditimpa hujan lebat. Kerana itu mereka masuk ke dalam gua sebuah bukit. Tiba-tiba dari puncak bukit jatuh sebuah batu besar menutup rapat pintu gua itu sehingga mereka terkurung di dalamnya dan tidak dapat keluar. Maka berkata mereka sesamanya, “Marilah kita mengingati amal soleh yang pernah kita lakukan kerana mencari redha Allah. Berdoalah kepada Allah Ta’ala mudah-mudahan kerana amal soleh kita itu Allah membukakan pintu bagi kita.
Maka berdoalah orang pertama: “Wahai Allah! Aku mempunyai ibu bapa yang keduanya sudah tua, seorang isteri dan beberapa anak yang masih kecil-kecil yang kesemuanya menjadi tanggungan ku. Bila aku pulang dari gembala ku perah susu untuk mereka dan yang pertama-tama ku beri minum ialah ibu bapa ku yang sudah tua itu, setelah itu baru anak-anak ku. Pada suatu hari aku terlambat pulang dari mencari kayu api. Sampai di rumah hari sudah petang dan ku dapati kedua orang tua ku sudah tidur. Seperti biasa lebih dahulu ku perah susu lalu ku bawa untuk orang tua ku. Aku berdiri dekat kepala mereka dan tidak sampai hati membangunkan keduanya dari tidur mereka yang nyenyak. Dan aku tidak mahu memberikan susu itu kepada anak-anak ku sebelum kedua orang tua ku meminumnya terlebih dahulu. Padahal anak-anak ku yang masih kecil-kecil itu menangis di kaki ku meminta susu. Demikianlah, aku dan anak isteri ku sentiasa dalam keadaan demikian sampai terbit fajar (menunggu kedua orang tua ku bangun). Wahai Allah! Engkau tahu bahawa aku berbuat demikian kerana mencari keredhaan Engkau. Maka tolonglah bukakan pintu gua ini bagi kami supaya kami dapat melihat langit”. Lalu dibukakan Allah pintu gua itu sedikit sehingga mereka dapat melihat langit.
Kemudian berdoa orang kedua: “Wahai Allah! Aku mempunyai seorang pakcik dan pakcik ku itu mempunyai seorang anak gadis. Aku sangat mencintai anak gadis pakcik ku seperti lazimnya cinta seorang pemuda kepada seorang dara. Lalu ku minta dia menjadi isteri ku, tetapi dia menolak permintaan ku sebelum aku menyerahkan kepadanya seratus dinar. Maka dengan susah payah aku kumpulkan wang seratus dinar, lalu ku berikan kepadanya. Ketika aku hendak menyetubuhinya dia berkata kepada ku, “Hai, Abdullah! Takutlah kepada Allah! Jangan engkau buka cincin (kegadisan) melainkan dengan cara yang sah (nikah)”. Mendengar kata-katanya itu aku terus berdiri dan pergi meninggalkannya. Wahai Allah! Engkau tentu tahu aku melakukan yang demikian itu kerana berkehendakkan redha-Mu. Kerana itu tolonglah bukakan pintu gua ini bagi kami”. Maka terbukalah pintu gua sedikit.
Kemudian orang ketiga berdoa pula: “Aku pernah mengupah seseorang membuat peti tempat padi. Ketika pekerjaannya sudah selesai, dia minta upahnya kepada ku. Lalu ku berikan kepadanya semacam padi. Tetapi dia menolak menerimanya. Namun begitu, padi untuk upahnya itu ku tanam untuknya, dan hasilnya ku kumpulkan, kemudian ku belikan sapi dan ku gembalakan. Kemudian dia datang kembali kepada ku, lalu katanya: “Takutlah kamu kepada Allah! Jangan mengambil hak ku!” Jawab ku, “Pergilah ke padang rumput tempat gembala sapi-sapi itu, lalu ambillah sapi-sapi itu semuanya!” Kata orang itu, “Takutlah kepada Allah, dan jangan memperolokkan ku!” Jawab ku, “Aku tidak memperolokkan mu! Ambillah sapi-sapi itu semuanya dan gembalakanlah untukmu!” Lalu diambilnya sapi itu kemudian dia pergi. “Wahai, Allah! Tentu engkau tahu aku berbuat demikian kerana mencari keredhaan Mu juga. Maka tolonglah bukakan pintu gua ini bagi kami”. Maka terbukalah pintu gua seluruhnya.

Tuesday, June 14, 2011

HALA TUJU???

Assalamualaikum w.b.t

entry aku kali ny pndek ckit kowt
ak juz nanak gtau psai rayuan upu tdi
dan terbukti aku xdpat lg utk studi kt u nieh
pe2 pn aku trima dgn hati terbuka..
mmg mula2 ak kecewa laa jgak
cbabnya ak t'ingin nk mcok
aku reda jew laa..
tmpat ak wt msa skunk nyh kt f6 kot
myb rezeki ak wt masa laa ny xdew ag..
so,, bla xda dah twran mna2 senang laa utk ak nk wt pilihan
cbab akuh hanya ada satu jew pluang
yaitu fom6 je lurh
ak jgak amat mmerlukan sokongan korang2 suma..
doakan aku berjaya kelak~

AMIN.. :-)

Saturday, June 11, 2011

TIRING DAY :-(

assalamualaikum..
hye u olls ;)

mlm nyh ak nk mrapu srba cdkit
hahaha
mcn xder kja len da kot nk wt hahh
wekk2!! ak pduli apa ngn suma nyh??
tgan ak yang taip.....ak pnya psal laaa
hmmm,, ad ak kesah ngn korg2 suma

hah! stop it!
pesal lak ngn ak nyh
adoiiii2
mcti bhg kepnatn td xabeh lg tuhh .. hehe
aha! ak nk gtw pg td tat tmn aku adew larh larian p'paduan
kalo korg nk tw ak pn join gk
sja2 ja.. g pn oke gk laa xtvt cmni
yelaa.. kalo asyik duk umah jew bla laa nk chat kn..
da laa skunk nyh ak xpna joging pn
so ak support 100% laa..
haha

tp xtvt ny pn ada gk laa adiah
suma tuhh ikot ktegori
xclap ak lluan dya lbey kurg 4 5 km cm 2 kott
ak pn xsure haa
tp abeh 1 tmn ak llu smpy mcokk gk laa kt kmpung2
mmg penat gk kowt
ak tgk pyertaan pn agk okeh laa jgk
xla bowink kn..

then,, bla da stat lari ak asa mcm xley p jerk
da lma pn x traing lari2 nyh
hahah
pnat mmg xley ckp laa
tp las2 ak xsgka nk dpt 6be 1 dlm ktegori ak tue
yeay! yeay!
mcm ta caya jaa.. ahaks!
alhamdulillah la kn.. da jdik rzeki ak
wlaupn ak dpt,, ak tkjut sgt ..
haha,, adk2 ak pn mng gk..
msing2 6be 1 n 3
abeh suma kmi bolot.... hahaha

yg ak ltih cgt2 cebub pkui dua ptg ak kna plak pg blajaq keta
da laa pnat pn xabeh agie
ecok lak nk ckola daa
mmg rinie ak xdan nk rest lnsg..
bdan ak pn jdi skit2 truih.. haha
xpe laa,,lma2 nt oke laa kn..

hmm,, ak rsa ckup da laa ak nk melalut2 kt cnie
entry kli ny pn jd pnjg..eheh
haa lpas ny myb ak da jrang nk hupdate kt blog
msa pn da full dgn ckowla lg..
heheh..
 
pe2 pn c u again~

KEPENTINGAN ILMU (^-^)


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)
Huraian
Pengajaran hadith
 :
  • Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu.
  • Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :
  1. Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain.
  2. Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu).
  3. Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.
  4. Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.
  • Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.
  • Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ‘bodoh sombong’ maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.

MENGINSAFI DIRI INI..

adoyaii.. borink laa plak
aku rsa xda bnda da nk wt kn..
omwotk??
haa..suma da slesai pn..
mklumlaa da nk bkak skowla ann
mct laa kna prepare awai2
hahah
so blew tgah sowg2 nyh mla laa duk pk mcm2..
hehehe
ap2 laa aku nyh
sowg2x pn jdik gk noh ;-)

ehhh? apa y aku melalut mlm2 cmni
xdew kaitn lgsung dgn title nie haa
actually aku nk luahkn ckit ap yg aku pkirkn
dan ak rsa ptot jgk nak kongsi2 ngn u olls
ak tw dlm dunia skrg nyh kta msing2 xt'lepas dri mlkukn kclapan
stiap
 ari kta suma dbelenggu dgn dosa smada dgn sngaja 'o' x
tp kta ttap jgk dberi peluang untuk b'taubat..
krana Allah SWT sntiasa mgampunkn  umatNya
why kta xmlakn jerk dri skrg??

hmm,,kta jgk sring lupa & lalai
pnah x kta t'pkir yg dunia nyh hnya p'sggahn smata2
tp sdarkh kta akn suma itu??
mgkin saatnya utk kta ciapkn bkln ke hari akhirat..
aku tahu yg aku nyh jga manusia biasa
x t'lepas dari suma ini..
so sekiranya ak ada mlakukan kesalahan tnpa dsedari
ak mohon korg2 suma bntulah aku & berikn ptunjuk dlm mmbetulkn diri ini
segala maklumat amat dperlukn buat insan yg dhaif ini

assalamualaikum w.b.t. :)

Friday, June 10, 2011

RENUNGAN BUAT WANITA


"Kerana dirimu begitu berharga." Biasa mendengar kata-kata ini diselitan iklan rancangan-rancangan televisyen. Model wanita rupawan pasti menjadi alat untuk mempromosikan produk kosmetik dan kecantikan. Tanpa disedari, diri yang bangga dipertontonkan sebenarnya telah diperalatkan oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan.
Cantik.. adakah pada rupa? Soalan yang pasti jawapannya 'Ya' secara umum.
Tetapi jikalau lelaki memilih isteri hanya semata melihat cantik itu pada rupa, andai hilang cantik itu berubahlah setianya nanti. Mata mula meliar mencari yang jelita. Cinta pudar bertukar rasa.
Namun jika cantik itu dilihat pada budi, kerut di wajah isteri seakan hilang pergi kerna terkenang baiknya budi isteri. Cinta yang disemai semakin utuh bersemi dan terbinalah kasih yang abadi ke syurga-Nya nanti.
Jangan kau menilai cantik itu hanya pada paras rupa, bukan itu sebenarnya menjadi ukuran. Kerana pasti nanti ada yang melihat kecantikanmu andai dirimu berakhlak mulia. Kerana akhlak itu tempat tertambatnya cinta pada mata yang melihat.
Andai cantik tetapi tidak berakhlak, ibaratnya seperti bunga dedap. Indah luaran tetapi baunya tidak tertahankan bagi yang menghidu. Mendekati hanya kerna indah, tetapi untuk berlama-lamaan sungguh tidak sanggup sekali.
Andai kurang cantik di mata manusia, tetapi berakhlak mulia, ibaratnya seperti bunga seroja. Biar putih salju, tetapi manisnya dihirup sang lebah menghasil madu. Memberi manfaat pada yang memerlu.
Andai cantik juga berakhlak mulia, itu adalah tambahan buat dirimu. Ibarat mawar menguntum indah, wanginya menarik sesiapa yang mendekati. Namun kecantikannya bukan mudah untuk direnggut kerana ada duri yang tajam mengawasi.
Di antara kuntum-kuntuman bunga ini, jadilah dirimu seperti mawar. Namun andai dirimu bukanlah sejelita pandangan manusia, cukuplah dirimu untuk punyai akhlak yang mulia. Suatu hari nanti, pasti ada lebah yang mengintai meminta izin penuh kesopanan untuk menyunting manismu di taman larangan.
Satu yang kau perlu ingat, kecantikanmu bukan barang tontonan untuk dipamerkan untuk semua lelaki, ia hanya buat suamimu. Yang Allah ciptakan buatmu sebagai pelengkap dan pelindung dirimu. Jagailah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hakmu.
Ketaatanmu untuk menutup aurat itu adalah hak Allah yang perlu kau jagai. Ibarat Dia menumbuhkanmu di taman larangan, ibu bapamu yang menyemaimu dan menjagaimu sehingga tiba saatnya nanti kau akan dibawa keluar oleh seseorang yang boleh menjagaimu pula dengan izinnya. Kerana itu, sebelum engkau dibawanya, hendaklah dirimu bersedia serta menjaga maruah dan ketaatanmu hanya kerana-Nya.

Tuesday, June 7, 2011

SAHABAT...

selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari (Saidina Ali)

sahabat
dalam berjuta..engkaulah pilihanku
ku temui kepayahan dalam mencari sahabat sepertimu
sahabat yang setia...

sekiranya aku memiliki emas tetapi persahabatan adalah yang paling terindah
sekiranya aku memiliki harta sahabat yang paling berharga
sekiranya aku memiliki berlian sahabat yang paling berkilau
kerana sahabat tidak dapat digantikan dengan apa-apa sekalipun


mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri

ak rindu kawan2 aku
aku harap walau kita berpisah dalam tempoh yang amat pnjang...
nilai sebuah persahabatan tidak dilupakan
mungkin saat ini kita berpisah kerana mengejar satu tekad & harapan utk berjaya
ak harap satu saat kita akn berjumpa kembali pada masa akn datang
setiap kenangan manis yang terukir pasti tersemat dalam ingatan

always miz u..
frenz forever <3<3