Saturday, March 31, 2012

HEPI BESDAY KAK MAS ~

Assalamualaikum semua :)

jatuh pada tanggal 31 mac , penghujung bulan mac mencipta satu tarikh istimewa
hehe , yang pasti ituuu adalah besday kak mas ku sayang

sory akak , myra curik pic akak ni , jumpa dalam blog akak
akak marah tak ? hmmm...

so , kat sini myra nak wish HEPI BESDAY untuk akak !!!!
even da wish kat kak mas , tapi myra nak jugak buat entry untuk kak mas .  

nah untuk akak , tengok bawah yea ?

sory akak .. sebab tak cantik >,<

I juz wanna wish that u'll always happy and success in your life
semoga kehidupan akak dirahmati Allah SWT
dipanjangkan umur
dan dimurahkan rezeki

myra sayang sangat dengan akak
thanks for being my good sister ..
thanks for everything ~~


Wednesday, March 28, 2012

SEMINAR ~ SEMINAR ~

Assalamualaikum .

hye readers .. peace !
apa habaq semua?? hehek #mulacakapkedah

yeah! myra nak share ke manakah myra pegi 2 3 hari lepas . aik? aik? ke mana pulak ek? terjun longkang? parit? huahuahua . ekceli , takdelaa pegi merapu merapat sampai nak terjun parit berguling-guling bagai tuhaa . hahaha . silajanganpercayakemerepekandisini. XD back to de title , myra pegi SEMINAR KEMAHIRAN BELAJAR DAN KERJAYA GEMILANG kat KISMEC.. dijalankan menggunakan kaki pada 24 Mac 2012 sampai ke tangan pada 25 Mac 2012 . hehe , dua hari jep . kalo bolee nak seminggu takpe dakk? semangat tengah mai nihaa . so , nak cakap kat Bank Rakyat yang buat seminar ni , nanti buat lagi tauu ! :D

ehh? nak tau dak? yang besnya seminar ni bukan skola myra je tau . tersangkut-paut bertali arus dengan sekola lain jugak . tu laa yang bes sangat tuhh . haha , lajuuu je nak join kalo melibatkan student-student lain :)
sekola yang join lagi adalah SMK IBRAHIM , SMK SUNGAI LIMAU , SMK KOTA KUALA MUDA , SMK KHIR JOHARI , SMK SUNGAI PASIR , SMK TUNKU ISMAIL , SMK CHE TOM , SMK YAN & SMK BANDAR SUNGAI PETANI .. banyak kan kan? tambah tolak darab bahagi lebih kurang 175 kot ! hehek. :) 
myra lagi bes sebab dapat jumpa member skola rendah dengan membe kem . yahuuu . hepi sangat kot sebab lama tak jumpaa . lepas rinduuu beb ! " fatin , ain , pkah , min , wawa , ct , nabil , zul , pdot , bob .. aku nak jumpa hampa semuaaaaaa lagi . jom pakat jumpa jom . ^_^ " oke! bab kawan stop kat sini dulu . kangg ada aku nak share terlepas bertaburan ... 

sepanjang dua hari (abaikan sepanjang sebab dua hari adalah pendek sangat! ) tuu masa kami tersangatlaa full dengan info yang bermakna . semuaanya ada 4 sesi . program tuu diambil alih ke tempat lain oleh Cikgu Zul &    
Cikgu Fiza yang teramatlah sporting buat kami lawak tergolek-golek jatuh kerusi . hahaha . betul tak? ampa semua terhibur kan kan? : ) cikgu ada ajar cara aplikasi angka dan nombor , cara mengingat , kira hari dalam kalendar +++ macam-macam lagi .. hehe , ehh , cukup-cukup laa sampai kat sini dulu ...
tak larat nak merapu segala bagai lagi -,-"

teruskan dengan posing sebagai kenangan untuk lipat simpan dalam buku . hahaha , oppps! ada pulak simpan dekat situu kan . hmm, what everlaa, asalkan jadi kenangan yang kami pegi kat situu . 

bersama kakak ainul yang comel ( anak murid cikgu Fiza )

salah satunya wakil dari merbok


muka budak laki yang turut serta


last position , sory.. pic myra takda yea . tak sempat nak berlari posing cenggituu XD

yippi , yippi!! semua sudaa selesai . nantikan entry lain pulaa :)
==> sory , sebab curik gambar untuk entry ni syikin ,hehe .. tak marah kan ? k..

Assalamualaikum....
take care uolss .. ^_^

Friday, March 16, 2012

HOLIDAYYY ~ STUDY ?

Assalamualaikum

korang pegi mana cuti sekolah ni? baru ni myra pegi melaka dan nilai . tu plan yang memang ta dirancang . tup tup pegi jugak around 12 malam, haha 
hari tuu sehari sebelum Geng fiQ'Ra buat gathering . ehh , tak perlu cite lagi GF tuu apa
korang daa tahu kan :)
merata jalan , sampai bole tersesat bila ada kat melaka tuu
nak cari jalan nak p nilai 
pusing 3 kali ta keluar-keluar jugak . hehek
masa hari gath tuu pulak myra dah ada kat melaka , nak ajak laa jugak pegi midvalley ,
tapi takot ta sempat . sebab kami ta pena pegi lagi . tatau jalan laa pulak kan .

jom , taknak cita panjang-panjang . nak bagi pencuci mulut pulakk sepanjang di melaka .
nilai tak diambil ponn. heee~




dalam Muzium Samudera


 rumah melaka




Telaga Hang Tuah

tu jer . hehe 
ehh , tau takk myra best sangat rini .
sebab dapat drive keta sendiri dari Alor Setar sampai Sungai Petani
kalo tak bawa kat umah ja punn
ni semua emergency sebab ada sedara meninggal
lesen mama dah mati , masa p jaa mama bawak
tu punn ada jpj . tukaq orang laa jawabnya
time balik turn myra . hehe , first tyme tu , dah laa tak penah guna auto , biasanya bawa manual
Alhamdulillah , sampai jugak rumah .


mood : penat , mengantokk =,=
study taa lagi . hehe

10 Soalan 10 Jawapan

Assalamualaikum..
yeay , akhirnya aktiviti untuk ahli Geng fiQ'Ra ada lagi , myra baru sempat nak join 
hehe , kak mas sediakan 10 soalan untuk dijawab
jom reramai join . jangan bagi alasan yang tidak munasabah ye
ok , excited nak jawab dah :)

 

1) Dimana awak tahu kewujudan Geng fiQ'Ra?
myra tau pasal Geng fiQ'Ra ni sebab dulu myra selalu jalan-jalan kat blog kawan myra , pastu terjumpa blogger card dia . terus ingat nak join sebab macam bes je group tuu . hehe
tapi kawan myra tuu tak pena aktif pun dalam Geng fiQ'Ra . 

2) Apa tujuan awak join Geng fiQ'Ra?
tujuan myra join sebab myra nak rapatkan ukhuwah lagi sesama blogger . selama myra join group blogger lain tak penah ada yang tegur , tapi bila masuk dalam Geng fiQ'Ra , memang myra dapat rasa keistimewaan dalam Geng fiQ'Ra . ahli-ahli yang peramah memang ta dapat dinafikan . mula-mula masuk dulu myra baru lagi dalam dunia blog , sebab tuu laa myra join nak cari kawan lagi ramai :)

3) Apa nama sebenar awak? (jangan la tipu2. elok2 mak ayah bagi nama kan?)
Nurul Amira Akmalina Binti Abd Rahim . nama betul tu , memang ta tipu . unik kan mama myra pilih ? hehe
  
4) Berapa umur awak tahun 2012 ni? (jujur je. buat apa nak malu)
bulan 8 ni genap 19 tahun

5) Apakah cita2 awak selama awak hidup?
myra nak sangat jadi cikgu . nak berbakti pada semua . tapi tengok macam daa tak sesuai pulak sebab myra masuk form 6 . tatau nak pilih .. tapi apa-apa pun myra nak apply jugak maktab . tak pun abis stpm nak aplly upsi ke , usm . hehe , minat mendalam nak jadi guru math, pegawai bank . :) myra juga nak berjaya dalam apa jua bidang yang myra ceburi dunia dan akhirat ...

6) Andai awak di fitnah sampai di heret ke penjara + hukum gantung, apa tindakan yg awak akan buat?
selagi ada peluang myra akan tetap tegakkan kebenaran sebab myra tau yang myra tak bersalah , tapi jika yang tu adalah takdir untuk myra , myra hanya redha dan mampu berserah kepada-Nya sebab Dia Maha Mengetahui dan tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya .. mungkin tiada jalan untuk myra buktikan di dunia . di akhirat tetap takkan terlepas jua ..

7) Awak percaya tak rakan di alam maya?
depends on condition jugak . hehe . sebab ada jugak yang myra boleh percaya dan ada jugak yang ta bole . kena juga hati-hati sebab kita ni manusia yang mudah sangat terpedaya .. tapi yang myra dah kenal dalam Geng fiQ'Ra takda masalah lagi . semua oke je . peace! 

8) Awak suka cabaran tak? kalau ya, contoh cabarannya?
nak laju je jawab . haha , myra suka sangat . kalo bole nak je buat aktiviti daki bukit , rock climbing n segala macam aktiviti lasak . dulu penah dah jalan kaki nek gunung jerai , bukit etc.. :D

9) Awak makan sehari berapa kali?
selalu 3 kali ja . pagi , tengah hari , malam . tapi kalo lapar makan jugak yang ringan-ringan tu . hehe

10) Andai kata, ajal awak sudah makin hampir, 5 perkara yang awak akan buat sebelum awak meninggal dunia?
5 perkara yang akan myra buat ialah
- nak banyakkan beribadat kepada Allah swt dan memohon ampun kepada-Nya
- nak minta maaf kat semua orang yang myra kenal atau tak , sebab myra tau yang myra banyak buat salah yang kadang-kadang tuu tanpa sedar .
- nak bahagiakan mama dan abah , family . dan bawak mama abah pegi umrah
- nak jugak pegi mekah buat umrah n nak lawat semua tempat2 di mekah dan madinah
- las sekali myra nak langsaikan hutang yang ada..

oke , berakhir sudah ~ ^_^

Friday, March 9, 2012

WAHAI WANITA ..


Seorang gadis comel sedang mengambil gambar dalam handphone .. 'Klik !' 'Klik!' dengan berbagai aksi comel .. dia ambil lagi gambarnya .. posing dengan penuh kemanjaan dan cute~~ 'Klik !' 'Klik !' tiba2, dalam fikirannya

" nak upload dalam fb lah.."

untuk memberi harapan orang akan memujinya .. dan akhirnya .. upload sudahlah gambar2nya didalam fb .. satu persatu tekan 'like'.. satu persatu .. memberikan komen yang boleh membanggakan dirinya..'comel la u ni..' wau.. u cute..' pandai nya u posing..'
...
Tidak sedarkah anda ? Anda tidak menutup aurat , sudah berdosa.. orang tengok gambar anda tidak menutup aurat dalam facebook , orang itu dapat dosa..anda dapat dosa lagi.. orang yang tekan 'like' dapat dosa ..anda berdosa lagi.. orang yang memuji anda dapat dosa.. dosa anda bertambah lagi.. lagi dan lagi .. selama mana ia ada dalam internet , selama itulah dosa anda berlipat kali ganda. !

Berubahlah wahai wanita.. marilah kita sama-sama bertaubat pada ALLAH .. mohon ampun
sebelum terlambat.

Wanita yang comel =
Wanita yang menutup aurat dengan sempurna.

Wanita yang sweet =
Wanita yang banyak diam dengan lelaki ajnabi.

Wanita yang romantik =
Wanita yang mengharapkan cinta dari Allah.

Wanita yang charming =
Wanita yang sering mengingatkan lelaki tentang cinta Allah.
Ya Allah...peliharalah hamba-hambaMu ini...dari bisikan yang penuh dusta dan nafsu yang tidak prnah puas...sesungguhnya..Engkau Tuhan yang penuh dgn rahmat...


via:AkuIslam
Silalah share di wall anda :)

Tuesday, March 6, 2012

HADIS MENGENAI UBAN

Uban adalah Cahaya Bagi Seorang Mukmin.

Al Baihaqi membawakan sebuah fasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadits dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة “Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (HR Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadits ini hasan).

Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah (yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban) dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadits yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.”

Lalu Ibnu Hibban membawakan hadits berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة  “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)


Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لَا تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ إِلَّا كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ  “Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (HR. Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahwa hadits ini shahih)


Dari Fudholah bin ‘Ubaid, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَتْ نُورًا لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالَ رَجُلٌ عِنْدَ ذَلِكَ فَإِنَّ رِجَالًا يَنْتِفُونَ الشَّيْبَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَاءَ فَلْيَنْتِفْ نُورَهُ “Barangsiapa memiliki uban di jalan Allah walaupun hanya sehelai, maka uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat.” Kemudian ada seseorang yang berkata ketika disebutkan hal ini: “Orang-orang pada mencabut ubannya.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, “Siapa saja yang ingin, silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat).” (HR. Al Bazzar, At Thabrani dalam Al Kabir dan Al Awsath dari riwayat Ibnu Luhai’ah, namun perawi lainnya tsiqoh (terpercaya). Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targib wa At Tarhib mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Siapa saja yang ingin, maka silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat)”; tidak menunjukkan bolehnya mencabut uban, namun bermakna ancaman. Rambut uban mana yang dilarang dicabut? Larangan mencabut uban mencakupi uban yang berada di kumis, janggut, alis, dan kepala. (Al Jami’ Li Ahkami Ash Shalat, Muhammad ‘Abdul Lathif ‘Uwaidah, 1/218, Asy Syamilah)

Apakah hukum mencabut uban haram atau makruh? Para ulama Malikiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah berpendapat bahwa mencabut uban adalah makruh. Abu Dzakaria Yahya bin Syarf An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Mencabut ubat dimakruhkan berdasarkan hadits dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya.

Para ulama Syafi’iyah mengatakan bahwa mencabut uban adalah makruh dan hal ini ditegaskan oleh Al Ghazali sebagaimana penjelasan yang telah dinyatakan. Al Baghowi dan selainnya mengatakan bahawa seandainya mahu dikatakan haram kerana adanya larangan tegas mengenai hal ini, maka ini juga benar dan tidak mustahil. Dan tidak ada bezanya antara mencabut uban yang ada di janggut dan kepala (iaitu sama-sama terlarang). (Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, 1/292-293, Mawqi’ Ya’sub)

Namun jika uban tersebut terdapat di janggut atau pada rambut yang tumbuh di wajah, maka hukumnya jelas haram karena perbuatan tersebut termasuk An Namsh yang dilaknat. Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لعن الله الربا و آكله و موكله و كاتبه و شاهده و هم يعلمون و الواصلة و المستوصلة و الواشمة و المستوشمة و النامصة و المتنمصة “Allah melaknat riba, pemakan riba, orang yang menyerahkannya (nasabah), orang yang mencatatnya dan yang menjadi saksi dalam keadaan mereka mengetahui (bahawa itu riba).

Allah juga melaknat orang yang menyambung rambut dan yang meminta disambungkan rambut, orang yang membuat tato dan yang meminta ditato, begitu pula orang yang mencabut rambut pada wajah dan yang meminta dicabut.” (Diriwayatkan dalam Musnad Ar Robi’ bin Habib. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahawa hadits ini shahih)

Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin rahimahullah mengatakan, “Adapun mencabut uban dari janggut atau uban dari rambut yang tumbuh di wajah, maka perbuatan seperti ini diharamkan kerana termasuk an namsh. An namsh adalah mencabut rambut yang tumbuh di wajah dan jenggot. Padahal terdapat hadits yang menjelaskan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat orang yang melakukan An Namsh.” (Majmu’ Fatawa wa Rosa’il Ibnu ‘Utsaimin, 11/80, Asy Syamilah)

Kesimpulannya hukum mencabut uban dapat dikatakan haram kerana ada dalil tegas mengenai hal ini, sedangkan majoriti ulama mengatakan hukumnya adalah makruh. Namun sebagai seorang muslim yang ingin selalu mengikuti petunjuk Nabinya shallallahu ‘alaihi wa sallam dan agar tidak kehilangan cahaya di hari kiamat kelak, maka seharusnya seorang muslim membiarkan ubannya (tidak perlu dicabut).

Dengan inilah dia akan mendapat tiga keutamaan:
[1] Allah akan mencatatnya kebaikan,
[2] dan menghapuskan kesalahan serta
[3] akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.
Namun, jika uban tersebut berada pada janggut atau rambut yang tumbuh di wajah, maka ini jelas haramnya.

Wallahu a’lam.

sumber rujukan dari  SINI