Thursday, October 29, 2015

8 OKTOBER 2015

Salam alaik wahai pembaca sekalian.

Kita bertemu lagi setelah lama catatan ini menyepi. Maaf atas kesibukan saya sebagai manusia yang bergelar pelajar. Ya, mesti ada yang tertanya apa yang telah dicoret disebalik tarikh tu.

Buat pertama kalinya Kelab Kebajikan Anak Kedah UPM (KANDA PUTRA) mengajurkan 'Program Bual Bicara bersama Menteri Besar Kedah'. 




Kami selaku AJK bagi sesi ni wujudkan program-program sebegini bukan apa, cuma  merapatkan hubungan semua pelajar anak-anak Negeri Kedah bersama pimpinan kerajaan Negeri Kedah. Tapi, bila kita buat program macam ni paham-paham jela noh. Semua aspek kena amik kira termasuklah protokol even program ni agak santai. Disebabkan aku S/U, baru aku rasa betapa banyaknya surat-surat nak kena buat. Telefon pulak memang kena aktif kat tangan, asyik keluaq masuk call ja. Berurusan dengan media, BHEP, MARCOMM, orang besaq-besar ntah macam-macamla. Seminggu tu boleh kata tidoq macam tak tidoq ja. Penat letih tu memang takyah cakap la. Alhamdulillah, semua benda dapat settle last minute even macam-macam masalah dalaman wujud yang kami-kami ja tau. Semua ni bagi aku pengalaman yang sangat berharga yang tak dapat aku nak kutip kat mana-mana. Thanks a lot KANDA PUTRA, for giving me the wonderful experience, give me a chance to be with all of you. Kalau kat Kedah aku ada family, hangpa pulak ibarat second family untuk aku. :D

Sebelum mengakhiri catatan kali ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada jemputan khas yang sudi mai program kami, anak-anak Kedah UPSI, UM dan UKM. Terima kasih utusan, kosmo, nstp, berita harian, rtm dan semua anak kedah dan bukan anak kedah yang mai. *maaf kalau ada yang tertinggal. Terima kasih jugak buat rtm yang interview aku dan buat aku perah otak nak cakap apa. hahaha. Mohon maaf dari pihak kami andai ada mengguris mana-mana pihak. Doakan kelab ni lepaih ni terus maju ke depan walau siapapun pimpinannya kelak. 

boleh terus ikuti kami di insta dan fb



Saturday, September 26, 2015

SALAM IDUL ADHA 1436H

Salam idul adha muslimim muslimat sekalian.

Bila bertemu bulan Dzulhijjah, mesti terlintas hari raya idul adha. Sesungguhnya di bulan ini terdapat sebuah kisah pengorbanan. Ya, aku tidak pernah lupa bagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim as iaitu salah seorang Nabi yang termasuk dalam golongan ulul'azmi. Sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail itu, selepas menerima wahyu dari Allah supaya berbuat demikian. Bayangkan bagaimana Nabi Ibrahim mampu untuk melaksanakan perintah tersebut semata-mata kerana Allah. Semua ni buat aku sedaq atas kealpaan diri sendiri. Moga ada ibrah yang dapat kita ambil dari kisah sedemikian.

Cerita balik pasai pengorbanan ni, kadang kala aku pun kena korban jugak. Terutamanya bila balik raya dalam keadaan yang suntuk. Dengan esaimen 5 6 subjek duk tunggu. Mana aku tak pikiaq, tapi apakan daya, bila bergelar pelajar ni, nak tak nak kena buat jugak kan. Heheh. Kot mana pun raya tetap raya. Nikmati puas-puas dengan family tercinta dan kawan-kawan. Quality time tuuu!!

Nahh, belanja dua tiga das gambaq. ^_^

Sorang adik beraya di Pahang, Sorang keluaq beraya. Abang tukang amik gambaq :D

Walimah sahabat tersayang today. Barakallahu lakuma Wa Baraka 'Alaikuma Wa Jama'a Bainakuma Fi Khair


Salam idul adha semua. Sekian.

Saturday, September 19, 2015

HK 165

Assalamualaikum wbt.

Bertemu lagi kita setelah sekian lama menyepikan diri. Macam kebiasaan, andai ruang kekreatifan dan keideaan dah takdak, maka, tak wujudnya sebarang ayat dan kisah. kononnyaaa. hahaha
Mesti ada yang tertanya-tanya tentang HK ni kan. Sana sini orang tanya, kenapa aku tukaq nickname kat insta, wechat, youtube and so on. Sampaikan ada yang tanya HK tu benda apa? Hong Kong ka? hahahaha.

Okay, okay. Actually, HK tu stand for hello kitty and hijau kuning. Disebabkan aku terlalu obses dengan hello kitty, jadi aku letaklaa nama tu. And one more, hijau kuning tu means aku ni teramat sayangkan negeri yang aku duk ni. Jadi, kat sinilaa mainya "hk, hk" ni. 165 pulak akan aku pegang sampai bila-bila. 1 untuk Ihsan , 6 untuk rukun Iman dan 5 untuk rukun Islam. Semoga dengan pegangan ini membuatkan aku terus kuat menjadi seorang mukmin yang bertaqwa. Insya'Allah. Mudah-mudahan segalanya tercapai. Rabbuna yusahhil. :D


Wednesday, January 21, 2015

LEADERS TERATAK

Salam'alayk !

What is LEADERS TERATAK? ekceli, teratak tu nama tempat sebenaqnya. Leaders tu point utama yang aku nak cerita. Dah nama leaders kan, ofkos laa kepimpinan. Bila dah kait kepimpinan, mesti ada kem kan. Haa, meh aku habaq serba sedikit pengalaman sepanjang p kem ni. Seriously, tak penah pikiaq pun akan terjoin kem ni untuk sem ni. tetiba hari ada sorang mtm (Balqis) ni ajak jom join, so, on jelaa even ada kawan yang boleh buat teman tarik diri last minit. Tabah n kuatkan hati jugak kena p sorang-sorang sebab semua dah balik cuti sem. Ni laa kem paling lama aku p iaitu selama 6 hari. Aku kalau bab-bab kem ni memang excited sikit. haha. kat sini kami dipecahkan kepada beberapa group. Dengan kata sepakat, aku, syuib,syakir, dila, faezah and ima namakan group kami Charlie. Ada bee strike, tunity, leo, eagle eyes apa ntah, aku tak ingat. Bila dah ada group, maka wujudlah cheers masing-masing. And each group akan diberi barang amanah yang nak kena jaga. Ada bendera, ubat nyamuk, aluminium foil, fail, printed paper and tag.



Day 1.
Awai-awai lagi dah kena terapkan dalam diri 3 benda penting. Masa, hormat-menghormati, prihatin. Tula benda paling penting fasi terapkan untuk jadi pemimpin yang mantap. K, akan ku semat kuat-kuat. Hmm, sebelum aku nak cerita panjang lebaq, aku nak cakap pasal kotak hati. Dari kotak hati, akan lahir ibu atau ayah angkat tanpa diketahui diri sendiri oleh orang lain. Lepas habeh slot tu, ada pulak modul chaos roulette. apa benda nama pelik-pelik nih? haa, ni macam sukaneka aktiviti laa jugak bagi aku. hehehe. Main teka teki, bina jambatan, jadik pembaca berita yang ntah merepek ja banyak. Kalau diberi pilihan untuk hangpa tengok, seriously lawak. Malamnya slot bersama alumni. Time ni laa kami dapat grab pengalaman and tips-tips yang dikongsi akak-akak n abang yang dah tamat belajaq ni. Selesai ja sesi bersama alumni ni, mula laa tribal council yang buatkan aku gerun. Tribal council ni slot hukuman yang akan diberikan. Takot la jugak tengok muka Abg Amir, Loko, Abg Razi n mana-mana fasi yang serius. Kesian jugaklaa bila tengok wani yang terpaksa keluaq dari goup sendiri. 



Day 2.
Slot ISO. apa benda tu, ISA ka? Bukanlaa, tu macam.. fasi akan guide kita cemana nak buat surat rasmi untuk aktiviti, and then cara nak buat minit mesyuarat. alaah, part ni kompem aku agak boring la. tak suka benda-benda berkait dengan su ni. Tapi, nak tak nak kena hadap jugak kan. Modul lepas tu pulak orienteering. Gila tak penat, jelajah 1 u kot. Dengan nak jaga barang amanah ni lagi, aduhaiii. But, i know, leaders semua kuat even penat. Untuk modul malam tu, aku tak ingat apa tajuknya, tapi yang pasti berjalan dengan mata ditutup. Sampai check point, adalaa task memasing. Bila dah malam, tak sah kalau takdak tribal council. Group yang markah terendah semestinya kena naik pentas kan. Tak terkecuali jugak dua group lagi termasuk group aku. Macam nak lari ja dari benda nih. Haha. Dan keputusannya Adib masuk group aku. 



Day 3.
De last day kat kolej. Main game perang guna bungkusan ayaq. Semata-mata nak rebut bendera and black entiti. K, kat sini aku salahkan Karthik. Berani dia bomkan aku. Haha. Lastly group dia jugak menang. 3 bendera sekali dapat. tahniah Tunity!! Petangnya, kami diberi task untuk mengenali staf kolej. 



After that, ada patahnya sayap malam untuk malamnya. Aktiviti ni agak menguji kesabaran jugak. Bayangkanlah nak cari benda kecik cenonet tengah-tengah malam kat sekitar kolej bawah rak kasut, atas tanah, hujung sana sini, mak aiii! Dengan klu ntah apa-apa lagi. Nah bunyinya macamni..

  • kupandang depan, kanan dan kiri
  • dia senyum kita tidak senyum
  • bahagian depan yang menganjur
  • sudah buat tidak tahu bertanggungjawab
Aku puji sangat-sangatlaa sapa yang wujudkan permainan macam ni. Pengalaman best kot tidoq merata-rata nak siapkan benda ni sampai ke pagi, tapi tak dapat selesaikan jugak. =)


Day 4, 5, 6.
Dah berpenat berpatah sayap ayam, barulaa dapat tau hari ni kem bersambung kat Teratak Bernam Riverview. Satu ja yang mama pesan sebelum p kem lagi. Mama cakap kalau ada ayaq-ayaq sungai, jangan p. Tapi ada jugak kan, takpa mama, kak ngah pandai jaga diri. Hehehe. First time aku dapat main flying fox, abseiling, tubing, water confident and rentas halangan. Night walk dah macam aktiviti wajib bila dah masuk kem. Pengalaman yang tak boleh lupa masa tubing tu, dua kali pelampung terlepas, menangis sorang-sorang kat tengah sebab takot nak buat apa-apa. Taktau nak cakap ni manis or pahit, tapi kenangan tetap dalam ingatan. Malam terakhir adalah untuk merungkaikan segala yang tersirat. Kompemlaa pasal kotak hati kan, masing-masing tertanya-tanya sapalaa ayah mak anak angkat depa kan. Terlerailaa persoalan Mohan ayah angkat aku. Dah nampak dia ni laki sebab kedekutnyaa kertas dia. Maaf ayahanda.

-surat mohan-



  • Apa yang dapat aku simpulkan kat sini sepanjang 6 hari bersama, nilaa antara kem paling best aku lalui. Teringat pulak kejadian yang buat aku rasa malu sangat-sangat. Aku nak mintak maaf kat Loko, serius tak sengaja n tak perasan time tu. Macam mana laa boleh tak tengok kan. Hadoiii. Paling tersentuh bila tengok Loko menangis. Lelaki kalau nangis ni memang dah lain jadinya sebab susah bila nak tengok ayaq mata depa. Sejujurnya aku ni lemah sikit bila tengok orang menangis depan aku.. hati, mata memang tak boleh nak tahan, tumpah juga ayaq ni. Aku rasa sepanjang bersama tu dah macam keluarga yang sangat dekat. Semoga ukhuwah yang dibina ini akan terus berkekalan till jannah. Tali yang menyambung dari awai, moga terus terjalin. Orang kata tak kenal maka tak cinta, tapi aku tafsirkan, tak kenal maka tak sayang. Benarlah, sesuatu rasa itu, bila dihayati dan dihargai, sangat susah untuk dilepaskan kerana ianya lahir dari hati yang tulus. Terima kasih juga para fasi; Abg Razi, Loko, Abg Amir, Abg Fadzil, Abg Kerol, Ayyub, Abg Syafihq, Chin, Fieya, Kak Ros, Kak Aina, Kak Mimi, Dini, Maz, Abg Yumi, Kak Lilah n Kak Mizah yang tak jemu melayan kerenah kami. Terima kasih juga collegemate; Putra, Mohan, Syakir, Seng, Fong, Kanessh, Adib, Syuib, Wan, Sukriey, Mus, Karthik, Faezah, Jaja, Hanis, Syada, Mat Pong, Najmi, Husna, Ima, Alina, Kak Ikin, Syera, Fatin Farhana, Jiha, Nina, Bella, Esther, Wani, Jiha Rawi, Teha, Dila, Yani, Balqis, dan Fatin Syakirah. Mengenali hangpa semua adalah sesuatu yang sangat bernilai.