Thursday, October 10, 2013

HAKIKAT KEHIDUPAN

Assalamualaikum..
Salam Ukhuwah..


Kehidupan ini kadangkala sukar untuk dimengertikan
sesuatu yang kita fikir baik, namun hakikatnya ia tidak baik
sesuatu yang kita fikir tidak baik, namun hakikatnya ia amat baik 

Sedarlah , kesenangan tidak akan datang bergolek dengan sendirinya tanpa usaha. Tetapi yakinlah kesusahan yang datang pada hari ini akan memberikan kenikmatan dan kesenangan di kemudian hari.
Allah SWT telah berfirman :

Maka sesunguhnya selepas kesukaran itu kemudahan . Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
( al-Syarh: 5-6)

Agama Islam telah mewajibkan umatnya agar menuntut ilmu. Ini terbukti kerana ayat al-Quran pertama yang diturunkan adalah dengan lafaz ‘Iqra’ yang bermaksud ‘bacalah’.

Surah asy-Syarh ayat 1-8 boleh dijadikan amalan harian dengan membacanya setiap kali ingin belajar atau sewaktu kita menghadapi kesusahan dalam urusan yang dilakukan. Dengan izin Allah SWT, hati akan menjadi lapang, tenang dan urusan tersebut akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

bersabarlah wahai hati sekalian, don't be sad , don't be stress . aku tahu, ramai kawan aku yang cepat stress, but de most important, u must should know how to manage ur problem. makan secara berterusan bukan jalan penyelesaiannya. elakkan! . sekurang2nya, basahkan lidah dengan zikrullah.. insya'Allah, hati menjadi tenang..

Kesimpulannya setiap sesuatu itu pasti ada ujian dan cabaran tersendiri. Kuatkan tekad , kuatkan azam untuk melatih diri menjadi matang dalam melaksanakan usaha dan tindakan. Hasilnya kita akan mudah untuk melakar kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Ingatlah di sebalik kesenangan ada kesusahan.



No comments: