Saturday, November 5, 2011

HARI RAYA AIDILADHA =)


selamat hari raya aidiladha to u olls
aku mintak maap if aku ada salah dan silap

sekejap je masa berlalu
lusa daa raya
so,jom ramai2x posa sunat hari arafah
dapat pahala lebih

ni laa kelebihan puasa Hari Arafah -->

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau betul niat, betul cara.

Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)
 
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

niat >> "Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala."

No comments: