Sunday, September 18, 2011

DUNIA HANYALAH TEMPAT PERSINGGAHAN.. (◕‿◕✿)

hidup di dunia hanyalah sementara
manusia akan menuju jalan ke akhirat..


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Abdullah bin Umar meriwayatkan,
Sabda Rasulullah s.a.w, " Jadilah di dunia seakan engkau ialah orang asing atau musafir yang sedang singgah."

Maksud hadis: Rasulullah s.a.w. telah memberi petunjuk kepada umatnya tentang perkara-perkara yang boleh menjauhkan seorang mukmin dari panjang angan-angan dan membuka mata mereka terhadap hakikat dunia.
Rasulullah s.a.w. memerintahkan umatnya untuk mengingati kematian, melakukan ziarah kubur, memandikan orang mati, mengiringi jenazah, melawat orang sakit dan mengunjungi orang soleh.

Semua ini akan menyedarkan hati manusia dari kelalaian dan membuat hati kembali sedar tentang masa depan yang akan di hadapinya. Lalu, ia pun menjadikan dirinya terdorong bersungguh-sungguh memperbanyak amal soleh serta menjadikan dirinya benci pada syahwat yang haram dan dunia yang pasti akan ditinggalkan.

jika dunia ini persinggahan
mengapa kita tidak banyakkan bekalan
untuk meneruskan perjalanan?
kerana kita cuma ada satu persinggahan..

"DOSA jangan ditambah, IMAN jangan ditolak"
ingatlah kita hidup cuma sekali, hiasilah hidup kita dengan penuh keceriaan & kasih sayang,
tapi jangan lupa selimutlah dengan keimanan, maka hidup kita akan bahagia
di dunia mahupun di akhirat...
Amin~

No comments: