Friday, March 16, 2012

10 Soalan 10 Jawapan

Assalamualaikum..
yeay , akhirnya aktiviti untuk ahli Geng fiQ'Ra ada lagi , myra baru sempat nak join 
hehe , kak mas sediakan 10 soalan untuk dijawab
jom reramai join . jangan bagi alasan yang tidak munasabah ye
ok , excited nak jawab dah :)

 

1) Dimana awak tahu kewujudan Geng fiQ'Ra?
myra tau pasal Geng fiQ'Ra ni sebab dulu myra selalu jalan-jalan kat blog kawan myra , pastu terjumpa blogger card dia . terus ingat nak join sebab macam bes je group tuu . hehe
tapi kawan myra tuu tak pena aktif pun dalam Geng fiQ'Ra . 

2) Apa tujuan awak join Geng fiQ'Ra?
tujuan myra join sebab myra nak rapatkan ukhuwah lagi sesama blogger . selama myra join group blogger lain tak penah ada yang tegur , tapi bila masuk dalam Geng fiQ'Ra , memang myra dapat rasa keistimewaan dalam Geng fiQ'Ra . ahli-ahli yang peramah memang ta dapat dinafikan . mula-mula masuk dulu myra baru lagi dalam dunia blog , sebab tuu laa myra join nak cari kawan lagi ramai :)

3) Apa nama sebenar awak? (jangan la tipu2. elok2 mak ayah bagi nama kan?)
Nurul Amira Akmalina Binti Abd Rahim . nama betul tu , memang ta tipu . unik kan mama myra pilih ? hehe
  
4) Berapa umur awak tahun 2012 ni? (jujur je. buat apa nak malu)
bulan 8 ni genap 19 tahun

5) Apakah cita2 awak selama awak hidup?
myra nak sangat jadi cikgu . nak berbakti pada semua . tapi tengok macam daa tak sesuai pulak sebab myra masuk form 6 . tatau nak pilih .. tapi apa-apa pun myra nak apply jugak maktab . tak pun abis stpm nak aplly upsi ke , usm . hehe , minat mendalam nak jadi guru math, pegawai bank . :) myra juga nak berjaya dalam apa jua bidang yang myra ceburi dunia dan akhirat ...

6) Andai awak di fitnah sampai di heret ke penjara + hukum gantung, apa tindakan yg awak akan buat?
selagi ada peluang myra akan tetap tegakkan kebenaran sebab myra tau yang myra tak bersalah , tapi jika yang tu adalah takdir untuk myra , myra hanya redha dan mampu berserah kepada-Nya sebab Dia Maha Mengetahui dan tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya .. mungkin tiada jalan untuk myra buktikan di dunia . di akhirat tetap takkan terlepas jua ..

7) Awak percaya tak rakan di alam maya?
depends on condition jugak . hehe . sebab ada jugak yang myra boleh percaya dan ada jugak yang ta bole . kena juga hati-hati sebab kita ni manusia yang mudah sangat terpedaya .. tapi yang myra dah kenal dalam Geng fiQ'Ra takda masalah lagi . semua oke je . peace! 

8) Awak suka cabaran tak? kalau ya, contoh cabarannya?
nak laju je jawab . haha , myra suka sangat . kalo bole nak je buat aktiviti daki bukit , rock climbing n segala macam aktiviti lasak . dulu penah dah jalan kaki nek gunung jerai , bukit etc.. :D

9) Awak makan sehari berapa kali?
selalu 3 kali ja . pagi , tengah hari , malam . tapi kalo lapar makan jugak yang ringan-ringan tu . hehe

10) Andai kata, ajal awak sudah makin hampir, 5 perkara yang awak akan buat sebelum awak meninggal dunia?
5 perkara yang akan myra buat ialah
- nak banyakkan beribadat kepada Allah swt dan memohon ampun kepada-Nya
- nak minta maaf kat semua orang yang myra kenal atau tak , sebab myra tau yang myra banyak buat salah yang kadang-kadang tuu tanpa sedar .
- nak bahagiakan mama dan abah , family . dan bawak mama abah pegi umrah
- nak jugak pegi mekah buat umrah n nak lawat semua tempat2 di mekah dan madinah
- las sekali myra nak langsaikan hutang yang ada..

oke , berakhir sudah ~ ^_^

2 comments:

Qienah said...

Klu betol2 nak jadi cikgu, usha masuk maktab tau..baru terus jadi, klu x..pyah skrgni..cm akakni.huhu..

Miera Akmalina said...

Insya'Allah kak qienah . myra akan usha sgguh . :)