Wednesday, February 6, 2013

#1 SETIA HUJUNG NYAWA

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar sekarang ni Setia Hujung Nyawa dah pun jadi fenomena kan.. duk tang mana-mana mesti semua duk bla bla bla pasal ni.. mira pun selalu jugak ikut perkembangan SHN ni. haha, al-maklumlah kan.. dapat tengok El dan Zain.. hehe. haa, novel ni pun mira sanggup beli, nak menambahkan koleksi terbaru. :)) baru ja abes baca petang tadi. tapi totally 100% tak sama laa jalan cerita dengan tv punya.. nak tahu lebih lanjut, sila2 laa tengok full episod. last esok, huhu.. apa2 pun layan jelaa kan. hampa yang belum baca novel tu lagi , ni mira tinggalkan sinopsis untuk hampa. enjoy guys!


 Sinopsis dari kulit buku:
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

No comments: