Thursday, February 14, 2013

#3 Uda & Dara

Assalamualaikum..

hai hai . kembali kita hebah pasai novel lagi. hehe . novel tu dah pun mira baca , pinjam dari cikgu mira. al-maklumlaa , disebabkan cikgu punya minat yang sama, so boleh laa kami sharing2. haha . sapa-sapa yang belum baca lagi tuhh boleh laa p cari lekaih . : )


Sinopsis :
Sudah sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad! Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat. 

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

2 comments:

Nao Mei said...

Cik lom baca lagi novel nie..nampak menarik :)

Amira Akmalina said...

@Nao Mei : haa, nanti akak try laa baca. bes laa jgk . hehe