Monday, February 11, 2013

BILA BERSUJUD..


Assalamualaikum ..

Buat semua muslim , hari ni mira nak share something yang agak penting. Kadang kita tak sedar pun kesilapan yang kita buat . So , lepas ni kena alert laa sikit. Mira terfikir nak buat entri ni sebab masih ramai umat Islam terutama yang perempuan sujud tak betul dan tak mematuhi rukun sujud. Dahi dan tapak tangan selalu terhalang dari mencecah tempat sujud . Tak kira usia muda atau tua , benda ni selalu terjadi. Ustaz mira pun selalu pesan kalau dah nampak tu, tolong2 laa tegur tau. Kalau dia taknak terima, itu urusan dia dengan Allah . Sekurang-kurangnya kita dah bertanggungjawab.. :)

Berhati-hatilah  dengan rukun-rukun solat kerana dibimbangi solat yang kita lakukan bertahun-tahun rupanya tidak sah dan tidak diterima pahalanya oleh Allah akibat kejahilan kita dalam melaksanakan ibadat sembahyang dengan betul.

Oleh itu, sentiasalah belajar dan menghadiri kuliah-kuliah yang dianjurkan oleh masjid atau di mana jua. Jangan kita hanya belajar melalui "ikut-ikut" atau "tengok-tengok" sedangkan orang yang kita "ikut" itu belum tentu betul caranya. Bergurulah dengan mereka yang alim dan janganlah kita lebih rela menghabiskan masa menonton rancangan hiburan daripada belajar agama di masjid. "Sesungguhnya penyesalan di akhirat nanti  tidak akan berguna".

Sabda Rasulullah SAW: “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…”
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Sujud yang sempurna mestilah dilakukan dengan 7 anggota. Dalam mazhab syafie, dahi mesti ditekan di tempat sujud, diletakkan sebetulnya dan menekan dahi di tempat sujud telah termasuk di dalam syarat sah sujud

Kedudukan hujung jari kaki
Cara meletakkan hujung jari kaki ialah dengan melipat hujung jari kaki kita semasa sujud. Minimum ialah dengan satu jari kaki yang betul kedudukannya. Jika jari kaki tidak dillipat, tidak diletakkan dengan betul, solat kita boleh batal kerana ia merupakan anggota wajib. Bagi mereka yang boleh meletakkan jari kaki dengan betul, hendaklah melakukannya dan bagi mereka yang mungkin sudah berusia dan sukar melipat jari kaki, lakukanlah sekadar kemampuan.

Meletak hidung di tempat sujud
Dalam mazhab syafie, makruh hukumnya jika kita sujud dalam keadaan tidak merapatkan hidung di tempat sujud. Justeru itu, seeloknya kita sujud dalam keadaan meletakkan atau merapatkan hidung di tempat sujud. Ini berdasarkan hadis yg menyuruh kita bersujud di atas 7 anggota.

Kedudukan muka ketika sujud 
Ada hadis nabi yang menyebut bahawa baginda meletakkan wajahnya di antara kedua-dua tangannya semasa sujud (abu daud).

Merenggangkan tangan semasa sujud
Ada hadis bukhari muslim bahawa Nabi Muhammad SAW merenggangkan kedua belah tangannya daripada sisinya/rusuknya/lambungnya sehingga kelihatan putih ketiak baginda.
Walau bagaimanapun, mengikut mazhab Syafie bagi perempuan tidak perlu merenggangkan tangan mereka ketika rukuk dan sujud.

Mengangkat siku 
Ada hadis riwayat muslim bahawa nabi memerintahkan meletakkan kedua telapak tangan dan mengangkat siku.

Merapatkan jari semasa sujud
Ada hadis al-baihaqiy bahawa Nabi Muhammad SAW apabila rukuk, baginda membuka/merenggangkan jarinya dan apabila sujud baginda merapatkan jarinya.

So, sujudlah dengan sebaik-baiknya. Jom sama-sama perbetulkan kesilapan yang kita dah buat.
KETIKA SUJUDLAH ALLAH PALING DEKAT DENGAN HAMBANYA.

Diriwayatkan pula oleh Muslim dari Abu Hurairah Radhiyallahu'anhu, bahwa Rasulullah SAW bersabda:
 “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”.

Sekiranya ada kekeliruan or kemusykilan, rujuklah dengan mereka yang lebih arif k, mira cuma kongsikan apa yang mira dapat ^_^

No comments: