Thursday, February 7, 2013

#2 I LOVE YOU CIKGU

Assalamualaikum..

dari mira taktau nak buat apa, baik update je pasai novel. novel ni mira baru je beli last month and dah habes pun baca. I LOVE YOU CIKGU . haa? terpikat dak hampa ni? novel ni bes laa jugak, anak murid jatuh cinta dengan cikgu kot. tapi yang besnyaa depa ni akhirnya memeluk agama Islam.. apa2 pun mira harap adik2 yang bawah umur lagi tak perlu laa nak bercintan cintun nih. maybe bukan masanya lagi. Insya'Allah, akan sampai jugak .. setakat nak baca tuu boleh je, release tension kan, dapat jugak hilang boring . :D


jom baca sinopsisnya karya Imanisa Riana ni.. nak tau ceritanyaa, hampa beli laa novel ni k.. :)

Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang. Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan diri daripada Iman. Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah sebuah penantian?

1 comment:

jaakechik said...

pasni boleh la jaa beli novel ni, saje nak perabihkan baucer buku yg jaa dpt tu...hehehee...

p/s : entah bila la nak ke tg.dawai lagi...hehehehe...